BAB 1

13.4K 259 24
                                    


"Ish kereta ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ish kereta ni. Perlu ke potong orang rapat rapat macam tu." Gumam Hawa bila melihat kereta Volkswagen Arteon berwarna hitam itu memotongnya. Nasib baik dia nampak kereta ni memotong dari cermin sisi. Tinted gelap tidak menampakkan pemandu di dalamnya.

Sabar Hawa. Kau kena bertenang. Kita perempuan kena relaks. Jangan biarkan emosi negatif pengaruhi kau. Kau ada hal yang lagi penting kejap lagi. Detik Hawa. Dia melihat jam di tangan. Pukul 8.00 pagi.

Akhirnya Hawa sampai tempat yang dituju. Terpampang signboard IDAN Exclusive. Siapa je tak kenal jenama pakaian IDAN ni. Cawangannya sudah merata Malaysia. Ini pun ada ura ura akan masuk ke negara jiran. Ramai juga artis dan selebriti yang menggayakan pakaian dari IDAN Exclusive ni. Dia mendail nombor kawan baiknya Dahlia.

"Hello Lia, aku dah sampai kat bawah ni." Ujar Hawa pada kawannya. Dia mematikan talian apabila Dahlia menyuruhnya naik ke tingkat 2 di mana pejabatnya berada.

🦋🦋🦋

"Bismillahirrahmanirrahim." Bisik Hawa. Dia ada interview harini.

Sampai di tingkat 2, Hawa terus keluar dari lif. Matanya melilau sekeliling mencari Dahlia.

"Hawa!" Panggil Dahlia apabila melihat kawan baiknya yang baru keluar dari lif.

Hawa yang melihat Dahlia terus berlari anak mendekatinya. Dia memeluk Dahlia erat, maklumlah hampir 6 bulan tidak bertemu. Dahlia bekerja di Kuala Lumpur manakala Hawa pula cuma menanam anggur di kampungnya, Pahang.

"Aku nervous ni Lia." Kata Hawa. Dia memegang fail yang berisi resume dan sijil sijilnya.

"Tak payah nervous. Bos aku baik orangnya." Terus Dahlia sambil menarik tangan Hawa masuk ke pejabatnya.

"Kau tunggu sini kejap aku masuk jumpa bos kejap ye." Dahlia tinggalkan Hawa di mejanya.

Hawa cuma melihat Dahlia yang sudah hilang masuk ke dalam bilik yang tertera signage CEO itu.

🦋🦋🦋

"Hawa. Boleh masuk." Dahlia memberi isyarat supaya Hawa masuk. Dahlia senyum melihat wajah gementar Hawa. Dia faham kerana dulu dia pun seperti itu.

Hawa terus merapikan pakaiannya dan berjalan melangkah masuk ke bilik bos Dahlia itu. Sempat dia berhenti dan berdehem sebelum melakarkan senyuman di wajahnya.

"Assalamualaikum." Hawa memberi salam. Kena laa sopan kan? First impression tu penting.

"Waalaikumussalam. Sila duduk." Kata Tuan Zainudin. Wajah lelaki itu agak serius.

Dah tua rupanya bos Dahlia ni. Detik Hawa.

Di sebelahnya pula terdapat seorang wanita yang mungkin berumur 50-an tetapi masih cantik. Mukanya macam ada kacukan. Hawa terus mengambil tempat di sebelah wanita tersebut. Dia meletakkan failnya di atas meja. Hawa masih mengekalkan senyuman di wajahnya walaupun jari jemarinya sudah sejuk.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now