Degupan jantung Hawa berkencang makin hebat. Irfan ni dah kenapa? Haritu bagi bunga. Harini dia macam..er macam..Irfan juga keliru dengan perasaannya. Hawa bukan gadis yang tergedik-gedik yang biasa dia kenal. Irfan juga tidak pernah terlintas akan sukakan gadis seperti Hawa.
Suka?
"Macam mana dia ada gambar kau?" Soal Iran lagi. Dia menunggu jawapan jujur dari Hawa. Dari saat pertama dia melihat gambar itu di status Farez lagi hatinya merasa sakit.
"Gambar apa Tuan Irfan?" Hawa semakin hairan. Ada apa apa yang aku tak tahu ke?
"Aku ada tengok Farez up gambar kau dekat status whatsapp. Gambar kau dengan Umar."
Farez up gambar aku? Gila ke dia ni? Aduhh menyesal betul. Desis Hawa.
"Oo..Masa tu telefon saya mati. Saya yang suruh dia ambik gambar buat kenangan." Jelas Hawa. Entah kenapa dia menjawab soalan Irfan seakan akan dia membuat salah.
"Hmm. Yang penting, dengar cakap aku. Jangan dekat dengan Farez. Kau boleh keluar." Ujar Irfan sekali lagi dengan tegas.
Kenapa perlu guna handphone Farez? Takde orang lain ke kat situ? Mama kan ada? Irfan pula berperang dalam hati sendiri.
Hawa semakin pelik dengan sikap Irfan. Biasa abang abang aku je larang aku nak berkawan dengan siapa siapa. Bos aku ni dah kenapa sebenarnya?
Tetapi persoalan Hawa cuma bermain di mindanya sahaja. Dia juga hairan melihat wajah Irfan yang kusut. Ahh pening laa. Malas laa nak fikir.
"Kenapa?" Irfan menyoal Hawa bila melihat gadis itu masih lagi termangu di situ. Dia tak dengar ke aku suruh keluar tadi?
Hawa memejam matanya cuba bertenang. Jantungnya berdebar sejak awal dia masuk ke bilik Irfan. Nak cakap ke tak?
"Thanks for the flowers." Ucap Hawa perlahan. Terasa mukanya panas menahan malu.
"Kau suka?" Irfan lihat wajah Hawa sudah kemerahan. Alahai comelnya kentang aku ni.
Hawa mengangguk dan tersenyum. Siapa je tak suka hadiah kan?
"Tu untuk apa sebenarnya? Sebab kalau ikutkan Tuan Irfan banyak buat salah dengan saya." Soal Hawa. Kalau hitung satu persatu, tak cukup jari tangannya itu. Jadi kenalah tahu untuk kesalahan yang mana satu.
"For everything. But don't worry, lepas ni kau akan dapat lebih banyak lagi."
Hawa memandang Irfan.
Lebih banyak? Wehh..Irfan senyum pandang aku? Apakah? Ya Allah sabarlah wahai jantung aku. Nak terkeluar dah ni. Bermacam-macam benda ada fikiran Hawa ketika ini.
"Err saya keluar dulu Tuan Irfan." Laju Hawa melarikan diri. Dia sudah tak betah berhadapan dengan Irfan.
"Malulah tu." Irfan melihat gadis itu keluar dari biliknya.
Irfan meraup wajahnya selepas Hawa keluar. Dia teringat perbualannya dengan Dahlia semasa Hawa cuti.
"Dahlia.." panggil Irfan.
"Ye Tuan Irfan." Dahlia berpusing memandang Irfan kembali.
"Saya nak tanya hal personal. Pasal Hawa." Irfan cuba berlagak setenang mungkin.
"Apa dia Tuan Irfan?" Dahlia sudah tersengih melihat bosnya. Kan aku dah cakap Irfan syok dekat Hawa.
"Boyfriend Hawa tu macam mana orangnya?" .
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...