Hawa menggeleng kepalanya tanda tidak mahu lalu meneruskan makan sehingga licin.Selesai makan Hawa memandang sekali lagi makanan dalam pinggan Irfan.
"Kau tak kenyang lagi ke?" Tanya Irfan bila Hawa masih lagi melihat pinggannya.
"Bukan laa. Membazir." Keluh Hawa.
"Dah takkan aku nak paksa makan pulak. Aku dah suruh kau makan taknak."
"Ha, Tuan Irfan bagi dekat kucing tu." Kata Hawa sambil muncungkan mulut ke arah kucing tadi.
"Malas aku. Kau bagi laa. Kalau kau rasa tak nak membazir." Cabar Irfan. Dah lah kentang ni takut kucing.
"Tuan Irfan sengaja kan?" Hawa mengecilkan matanya memandang Irfan.
"Apa pulak? Betul laa aku kata. Daripada orang tu buang dalam tong sampah, apa kata kau bagi dekat kucing tu." Ujar Irfan lagi. Dia tersenyum sinis.
Hawa masih memandang ke arah Irfan. Dia merenung tajam. Irfan ni kadang kadang baik, kadang kadang pembuli, kadang kadang baran. Hawa pun tak faham.
"Puas dah tenung aku?" Tegur Irfan.
Hawa memandang ke arah lain. Malu ditegur Irfan. Hawa memanggil pelayan di kedai itu.
"Dik, boleh tak nanti makanan ni adik bagi kat kucing tu? Membazir kalau buang."
"Boleh." Kata pelayan itu lalu mengambil pinggan Irfan dan memberi kucing itu makan.
Irfan sekali lagi terkedu dengan tindakan Hawa. Banyak betul sisi Hawa yang dia baru kenal.
Hawa memandang Irfan dengan perasaan bangga. Amacam? Bijak tak aku?
"Pandai jugak kau ni." Puji Irfan. Lalu dia bangun untuk membayar bil.
Hawa tersenyum mendengar pujian Irfan. Dia mengikut langkah Irfan ke kaunter pembayaran.
Selesai membayar Irfan pusing ke belakang dan hampir melanggar Hawa. Sungguh dia tak perasan Hawa di belakangnya.
Hawa yang terkejut menapak selangkah ke belakang tetapi malangnya dia tidak boleh mengimbangi badannya.
Pantas Irfan menarik lengan Hawa bagi mengelakkan Hawa terjatuh di situ. Hawa juga sempat berpaut pada tangan Irfan.
Detik itu berlaku begitu pantas sehinggakan Hawa dan Irfan bertindak mengikut refleksi. Bila Hawa sudah boleh berdiri Irfan melepaskan pegangan tangannya. Dia berdehem untuk menghilangkan rasa malunya.
"Sorry." Kata Irfan sambil memandang Hawa yang sudah merah mukanya.
"Takpe Tuan Irfan. Salah saya duduk belakang ni." Dada Hawa berdegup makin kencang. Terasa adrenalin mengalir laju.
Cover ayu Hawa cover ayu.
"Dah jom." Ajak Irfan untuk tidak memanjangkan lagi situasi itu.
Masuk ke dalam kereta masing masing diam membisu. Hawa yang merasa janggal dengan suasana ini membuka radio.
Irfan pula hanya membiarkan sahaja kelakuan Hawa itu.
Hawa baru perasan tudungnya yang terkena sos. Adoiii kalau tak comot tak sah laa kau ni Hawa.
"Tuan Irfan ada tisu tak?"
"Dalam dashboard tu." Balas Irfan. Matanya masih melihat ke jalan raya.
Bila Hawa buka dashboard kereta, Hawa terpandang sesuatu. Replika kapal terbang. Hawa memandang Irfan.
"Takde ke?" Tanya Irfan.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...