BAB 15

5.3K 207 13
                                    




Setelah empat hari berada di United Kingdom, Irfan selamat pulang ke tanah air. Selesai sahaja urusannya dia langsung tidak bertangguh untuk pulang.

Kalau ikutkan tiket balik hari Selasa namun dia sudah tak sabar untuk pulang jadi dia awalkan sehari tarikh kepulangannya.

Sampai dirumah, Irfan mendekati mamanya yang sedang leka menonton televisyen. Puan Rose terkejut tiba-tiba Irfan berada di hadapannya.

"Ya Allah bertuah punya anak. Balik tak bagitahu." Ujar Puan Rose. Dia mencubit lengan Irfan kerana terlalu geram. Sudahlah dia belum masak. Mesti kelaparan anaknya ini.

"Saja surprise mama." Irfan sudah tayang sengihnya. Dia mencium pipi Puan Rose. Sudah rutin bila nak kemana mana atau baru pulang dia akan mencium pipi mamanya.

"Ni kamu dah makan belum? Mama belum masak lagi ni." Puan Rose melihat jam baru pukul 11 tengahari. Kebetulan Umar keluar bersama Farez tadi.

"Takpe laa ma. Tak payah susah susah. Irfan nak masuk office kejap lagi."

"Eh cepatnya. Tak penat ke badan kamu tu? Esoklah masuk office." Tegur Puan Rose. Kenapa tiba tiba Irfan berminat dengan kerja office? Sebelum ni bukan main liat lagi.

"Irfan ada kerja sikit. Tak boleh tangguh."

"Hurm ada kerja ke tak sabar nak jumpa seseorang?" Teka Puan Rose. Dia cuba memandang riak wajah anak lelakinya.

"Ish apa pulak mama merepek ni? Nak jumpa siapa?" Irfan pula buat buat tak tahu.

Puan Rose sudah tersenyum bila melihat wajah Irfan berubah. Dia kenal anak lelakinya.





Sedang Hawa tekun menaip sesuatu di komputernya, dia terasa seperti ada seseorang di memerhatikannya. Lalu Hawa mendongak kepalanya.

"Hai." Tegur lelaki itu. Dia melemparkan senyuman manis pada Hawa. Di sebelahnya ada Umar yang sedang memegang tangannya.

"Err awak buat apa dekat sini Farez?" Hawa sudah terkejut melihat sepupu Irfan di hadapannya.

"Saya jalan jalan dengan Umar tadi. Kebetulan lalu kawasan ni, saya singgah. Nak ajak awak lunch." Pelawa Farez. Bukan kebetulan tapi sudah dirancang.

"Cu.." Umar pula tiba tiba berlari ke arah Hawa. Hawa senyum melihat Umar yang memeluk kakinya.

"Tu nampaknya Umar pun nak ajak awak lunch tu."

Hawa sudah mengetap bibir. Macam mana ni? Ha Dahlia!

"Saya dah janji nak keluar dengan kawan saya." Tolak Hawa. Mana mungkin dia nak keluar dengan Farez yang baru dikenalinya.

"Ajak laa kawan awak sekali. The more the merrier." Farez sudah melangkah berdiri berhadapan dengan Hawa.

Ha sudah. Suruh ajak Dahlia pulak. Kalau ada Dahlia mungkin tak apa? Tapi hati aku berat. Kalaulah Irfan ada. Detik hati Hawa. Hawa menunduk melihat Umar. Dia masih berkira kira.

"Kau buat apa kat sini?" Tiba tiba ada suara yang menyapa mereka.

Hawa mengangkat wajahnya dan melihat lelaki yang lebih seminggu dia tidak bertemu. Irfan!

"Eh bro. Bukan kau kat UK ke?" Soalan berbalas soalan.

"Aku tanya kau buat apa dekat company aku?" Langsung tak pernah sangka dia akan berjumpa dengan musuh ketatnya.

"Maksud kau company Umar?" Farez sudah tersenyum sinis melihat Irfan. Bukan dia tidak tahu company ni hanya ditadbir sementara oleh Irfan. Pewarisnya tetap Umar.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now