Hawa melangkah keluar dari bilik meeting dengan perasaan bercampur baur. Ada rasa berbunga bunga namun ada juga rasa keliru.Kaki Hawa berhenti melangkah bila melihat Amanda yang sedang berlenggang lenggok melangkah ke bilik Irfan.
Hawa mengetap bibir. Hilang terus bunga bunga tadi. Dia mengeluh dan berjalan lemah ke mejanya. Ni lah yang buat aku keliru.
Belum sempat sampai ke mejanya Dahlia sudah menarik tangan Hawa. Namun belum sempat Dahlia membuka mulut Hawa sudah bersuara.
"Ye aku tahu. Kau nak cakap pasal Amanda kan?" Suara Hawa kedengaran perlahan.
"Err kau kenapa ni Hawa?" Dahlia tiba-tiba pelik dengan wajah Hawa yang muram. Baru nak ajak bergosip pasal Amanda tadi.
"Aku keliru laa Lia dengan perasaan aku." Hawa mengetap bibir menahan air matanya. Bila hampir pecah tembok air matanya, Hawa bergegas ke tandas.
Berkerut dahi Dahlia tidak memahami dengan ayat Hawa itu namun dia mengikut langkah Hawa ke tandas. Mesti ada sesuatu ni.
"Kau kenapa ni Hawa?" Soal Hawa sambil memegang pipi Hawa. Dia mengangkat wajah yang mahu menangis itu.
"Aku keliru laa Lia." Hawa mengulang ayatnya sebentar tadi. Dia tidak berani memandang Dahlia yang tajam memandangnya.
"Keliru? Maksud kau?" Soal Dahlia lagi bila dia tidak memahami apa yang Hawa cuba sampaikan.
"Tuan Irfan.." Air mata Hawa sudah turun. Rasa nak marah dengan dirinya yang lemah. Lemah dengan perasaan.
"Kenapa dengan dia? Dia marah kau?" Dahlia mengerutkan keningnya. Takkan baru kena marah Hawa menangis macam ni. Biasanya Hawa jenis yang melawan.
Hawa menggeleng perlahan. Dia memegang tangan Dahlia dan melihat anak mata Dahlia. Aku perlu bantuan Dahlia untuk memahami perasaan sekarang ini.
"Tak Lia. Aku perasan semenjak dua ni Tuan Irfan macam baik dengan aku. Dia macam mendekati aku? Kau faham kan? Macam bagi harapan. Aku tak nak syok sendiri yang dia sukakan aku tapi itu yang aku rasa dengan perbuatan dia." Luah Hawa pada kawan baiknya itu.
"Kalau Tuan Irfan suka kau, kau pun suka dia apa masalahnya?" Dahlia mengangguk mengerti perasaan Hawa. Kalau suka sama suka, tiada masalah bagi Dahlia. Dua dua pun bujang.
"Masalahnya aku tak tahu dia dekat dengan aku sebab dia nak menggatal je ke atau dia betul betul suka aku. Kau jugak cakap dulu Irfan tu playboy. Tu si Amanda tu. Berkepit je dengan Irfan. Aku ni pulak.. Kau tahu kan Lia aku tak pernah bercinta? Aku takut aku cuma salah faham." Panjang luahan Hawa.
Betul Hawa tak pernah bercinta selama dia hidup. Setakat suka suka sahaja itu pun tak pernah diluahkan.
"Aku nampak Amanda tu je yang beria. Tuan Irfan tu tak layan pun." Ujar Dahlia lagi. Memang nampak sangat Amanda yang over. Dahlia menyeka air mata Hawa.
"Entahlah Lia. Biarlah dulu aku malas nak fikir. Dah jom lah nanti Irfan cari aku mampus pulak." Hawa malas melayan perasaan. Dia melihat dirinya sekilas di cermin lalu menarik nafas.
"HAI you." Amanda menyapa dengan senyuman manis lalu duduk di hadapan Irfan.
"Tchh. Ish macam mana pulak dia boleh masuk. Mana Hawa ni?" Gumam Irfan perlahan bila melihat Amanda masuk ke biliknya. Sudahlah masuk tanpa ketuk pintu.
"PA you takde kat depan tu. Tak tahu laa kot merayap. So I masuk je laa." Kata Amanda sambil bermain dengan hujung rambutnya. Matanya masih lagi memandang jejaka tampan di hadapannya.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...