HAWA dan Puan Rose sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah.Sunyi je rumah? Mana Irfan dan Umar?
"Mana orang dalam rumah ni mama?" Hawa memandang sekeliling sebelum berpaling ke arah Puan Rose.
"Tu laa. Sunyi je."
"Mama masuk laa bilik dulu. Nanti Hawa cari Irfan dengan Umar."
Puan Rose mengangguk lalu dia melangkah ke biliknya. Hawa melihat ibu mertuanya yang sudah hilang dari pandangan itu terus menapak naik ke bilik. Ingin mencari suaminya.
Hawa membuka pintu biliknya perlahan, dia menjenguk ke dalam bilik. Ternampak sekujur tubuh sedang berbaring mengiring. Irfan tidur ke? Umar mana? Hawa berjalan perlahan-lahan tidak mahu mengejutkan Irfan.
Hawa menutup mulutnya kerana terkejut bila melihat ada Umar di sebalik tubuh Irfan. Dari jauh memang tak nampak sebab Irfan tu besar, Umar tu kecil saja budaknya.
Tanpa sedar Hawa mengukir senyum di bibir. Suka melihat Irfan semakin rapat dengan Umar.
Hawa membuka tudungnya dan membuka ikatan rambutnya yang sudah longgar. Hari ini dia agak penat memandangkan pagi tadi ke sekolah Umar, tadi pula dia ke rumah Suraya.
Jari Hawa lincah untuk mengikat rambut sebelum pinggangnya ditarik.
"Sayang.." Gumam Irfan. Dagunya direhatkan pada bahu Hawa. Rindu isteri.
"Hai abang.." Hawa pusingkan tubuhnya mengadap Irfan. Tangan diletakkan ke atas bahu Irfan.
"Dah lama sampai?"
"Baru je abang. Sempat laa dengar abang berdengkur." Hawa mengusik Irfan.
Padahal suaminya itu tak pernah berdengkur selama dia kahwin. Kadang-kadang bimbang juga Hawa bila Irfan senyap je bila tidur. Ghisauu.
"Memandai je cakap abang berdengkur." Irfan mencuit hidung isterinya. Haih. Baru berpisah sekejap dah rindu ni.
"Macam mana abang boleh tidur dengan Umar?" Hawa menyengetkan kepalanya.
"Tadi lepas makan, abang main gusti dengan Umar. Lepas tu dia merengek mengantuk tapi mata tak nak pejam. Abang tepuk baru tidur. Sekali dengan abang tertidur."
Hawa membulatkan mata. Gusti??
"Abang main gusti dengan Umar?"
"Shhh sayang. Nanti terkejut budak tu. Gusti manja je. Bukan abang smackdown pun."
Biasalah main dengan budak lelaki. Takkan nak main masak-masak pulak? Risau betul Hawa dengan Umar.
"Nanti Hawa tanya dia. Kalau abang sakitkan dia, siap abang."
"Kalau dia sakitkan abang? Sayang nak buat apa kat Umar?" Irfan menaikkan kening.
"Takkan laa budak tu sakitkan abang."
Irfan menunjukkan tangannya yang digigit Umar. Ada kesan merah di situ namun tidak ada kesan luka. Sekali lagi Hawa terkejut. Terus tangannya menarik tangan milik Irfan.
"Umar gigit?"
Irfan mengangguk. Bibirnya dicebikkan. Manjakali.
"Sakit?" Hawa menggosok lembut bahagian tangan yang digigit itu.
"Sakit.." rengek Irfan manja. Saja nak bermanja dengan isteri. Lagipun dia yang suruh Umar gigit tadi. Irfan ajar pada Umar kalau ada orang buat benda tak elok padanya, Umar boleh jerit atau gigit orang tu.
Hawa meniup lembut tangan Irfan lalu mengucup pada kesan gigitan itu.
"Dah. Hawa dah ubatkan."
"Tak cukup." Rengek Irfan lagi. Apa Hawa ingat dia budak budak ke?
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...