BAB 32

3.9K 203 11
                                    




Sementara para lelaki pergi ke masjid. Hawa dan Dahlia masuk ke dapur. Jarang ada orang masak dekat rumah Haji Hassan.

Maklumlah cuma Haji Hassan dan Ariff yang tinggal dekat sini. Biasa mereka makan diluar ataupun bungkus sahaja.

Di dapur Dahlia dan Hawa saling pandang memandang antara satu sama lain.

"Kita nak masak apa ni? Aku tak pandai laa Hawa." Ujar Dahlia sambil menggaru pipinya.

"Aku bukan tak pandai. Aku boleh masak tapi tulah. Takut tak sedap pulak." Hawa pula mengetap bibir bila teringat dia memasak di rumah Ashraff haritu.

"Kita beli nak?" Dahlia memberi idea.

"Jom. Kita cakaplah kita masak." Hawa ketawa kecil.

Tadi Ariff sudah offer untuk beli makanan namun Hawa dengan bangganya menjawab dia mahu masak tengahari.

Hampeh punya adik.

Selesai hidangkan lauk pauk yang mereka beli tadi, Hawa dan Dahlia senyum sesama mereka.
Nasi putih Hawa sudah tanak awal-awal lagi. Mana boleh tak masak nasi, nanti kantoi.

"Assalamualaikum." Kedengaran Ariff memberi salam. Di belakangnya ada Irfan yang juga memberi salam.

"Waalaikumussalam. Angah dah lapar belum? Jom makan. Awak jom makan sekali." Ajak Hawa. Dia pun dah lapar.

"Tunggu atuk kejap. Nanti dia balik." Ujar Ariff lalu dia masuk ke biliknya.

Pandangan Hawa beralih pula pada Irfan. Mak aihh handsomenya bakal shuben pakai songkok.

"Kenapa?" Tegur Irfan bila Hawa memandangnya tidak berkelip.

"Err takde pape. Takpe ke awak balik lewat ni?" Tanya Hawa pula. Dia agak serba salah kerana menganggu masa lelaki itu.

"Takpe. Masalah kilang dah settle dah. Kerja sikit-sikit tu aku boleh settle nanti."

"Oo. Kita tunggu atuk dulu laa. Awak pun tak jumpa lagi atuk saya kan?"

"Aku serba salah jugak ni datang tangan kosong je. Dahlah first time jumpa." Sebelum ni Irfan belum bertemu lagi dengan Haji Hassan.

"Atuk saya okaylah. Takde hal." Haji Hassan seorang yang sporting.

"Assalamualaikum. Maaf atuk lambat sikit." Terjengul muka Haji Hassan dari pintu utama. Dia sudah sedia maklum bakal suami Hawa akan datang kerana Ariff menelefonnya tadi.

Hawa dan Irfan menjawab salam serentak. Irfan bangun dan mendekati Haji Hassan lalu menghulurkan salam untuk bersalam.

"Apa khabar atuk? Saya Irfan Danial. Boleh panggil Irfan je." Sapa Irfan setelah mencium tangan orang tua itu.

"Khabar baik." Haji Hassan senyum mengangguk. Dia menepuk bahu Irfan. Tak sangka pandai cucunya memilih pasangan.

"Maaf Irfan datang tiba-tiba atuk." Ujar Irfan sambil menggosok belakang lehernya.

"Eh takpe. Bila lagi atuk nak kenal dengan Ipan ni kan? Eh tercegat apa kat sini. Kata Hawa masak. Jom makan." Haji Hassan menarik lembut lengan Irfan.

"Atukk. Irfan laa." Tegur Hawa geram. Dari hari tu lagi tu lagi sebut Irfan tu Ipan.

"Ikut suka hati atuk laa nak panggil apa pun. Kan Ipan? Eh kejap. Muka Ipan kenapa ni? Macam lebam je?" Soal Haji Hassan sambil menunjuk ke arah bibir Irfan.

"Err.. Irfan main tinju. Partner tertumbuk muka pula." Irfan senyum ke arah Haji Hassan. Kalau bagitahu kena tumbuk dengan Ariff, panjang pula ceritanya nanti.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now