"Sayang.."Hawa memalingkan wajahnya pada suara yang sangat dikenali itu. Dia melihat wajah Irfan yang tersenyum manis padanya.
Buang tabiat ke tunang aku ni? Asal depan lelaki lain je panggil aku sayang?
Irfan menghulurkan tangan pada Imran dan Imran menyambutnya. Lalu Irfan menarik kerusi di sebelah Hawa.
"Awak nak makan apa-apa tak?" Soal Hawa pada Irfan. Terasa Irfan agak dekat dengannya sehingga dapat menghidu bau perfume Irfan.
"Biarlah dulu. By the way aku ganggu ke ni?" Tanya Irfan pada Imran pula.
"Takde lah. Kami cuma borak-borak biasa je.." Imran cuba untuk menceritakan tentang hal sebenar.
"Takpe Im.. tunang Hawa tahu semuanya.. Hawa dah cerita pada dia.."
Imran mengangguk tanda faham lalu dia menyambung bicaranya.
"Aku dengan kakak aku nak ajak Hawa jumpa dengan Auntie Yatt.. tu je.. tapi Hawa tak bersedia lagi.. so aku tak nak paksa.." jelas Imran pada Irfan.
"Just kalau boleh Im nak Hawa pertimbangkan.." tambah Imran lagi memohon belas kasihan dari gadis itu.
Hawa mengangguk perlahan.
Mungkin satu hari nanti aku lembut hati untuk berjumpa dengan dia kan? Siapa tahu?
"Okaylah. Im mintak diri dulu.." ujar Imran seraya berdiri dan bersalam dengan Irfan. Dia perasan wajah dingin Irfan itu seperti tidak suka dengannya.
"Terima kasih Im. Kirim salam dekat kak Syira ye.." ujar Hawa pada Imran.
Imran mengangguk lalu dia berlalu pergi dari pasangan itu.
Hawa cuma melihat Imran yang sudah pergi itu.
"Amboi tak berkelip tengok si Imran? Dah takde pun dia tu.." tegur Irfan pada Hawa.
"Ish saya kelip laa. Ha tengok ni kelip kan?" Hawa mengerlipkan matanya beberapa kali ke arah Irfan.
"Bukan main siap bahasa Im Hawa lagi.." sindir Irfan lagi penuh cemburu.
"Laa biarlah.. takkan nak ber aku kau macam awak tu.. tak romantik langsung.." cebik Hawa pula.
"Habistu nak cakap Imran tu romantik laa?" Bidas Irfan lagi.
Hawa menampar kasar lengan Irfan itu dengan beg tangannya. Geram betul.
"Aduh! Apa ni tampar aku pulak?"
"Perangai tu nampak macam meminta.. saya bagi laa.. kalau nak lagi buat laa.." Hawa jegilkan matanya pada Irfan.
"Ni nasib baik aku call kau tanya.. kalau tak sampai sudah aku tak tahu kau keluar dengan Imran.." Irfan masih belum mahu mengalah.
"Ya Allah saya dah cakap kan? Sepatutnya kak Insyirah tu yang datang tapi dia ada hal, so Imran tu yang ganti dia.." jelas Hawa lagi dalam nada geram.
"Boleh je Insyirah tu ajak jumpa lain kali kenapa si Imran tu beria sangat nak jumpa awak?"
Hawa memejam mata lalu menarik nafas. Aku perlu tenang.
Hawa menampar lengan Irfan sekali lagi dengan beg tangannya.. Tak boleh tenang kali ni. Aku geram!
Irfan sudah kecut melihat wajah menyinga Hawa. Dia bukan mahu menuduh Hawa apa-apa pun cuma dia cemburu.
"Okay okay.. sorry.. tapi at least bagitahu aku please.. tak kiralah keluar dengan siapa-siapa pun.."
"Ye laa.. saya mintak maaf jugak.." akhirnya Hawa mengalah selepas nada Irfan berubah lembut.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...