BAB 39

3.9K 208 21
                                    




Dahlia menghempaskan pintu kereta Mercedes Benz milik Ariff dengan kuat.

Geram! Dia cuma menghantar kereta Ariff berlalu dengan lirikan matanya.

"Suka-suka je nak suruh aku panggil dia abang Ariff. Humphh!" Dengus Dahlia. Dia cuba mendail nombor nombor Hawa memandangkan dia tidak nampak kereta milik Irfan namun panggilannya tidak berjawab.

Jarang Hawa tidak menjawab panggilannya. Dahlia menghantar mesej pada Hawa dan dia naik ke pejabatnya.

Baru keluar dari lif, ada nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefonnya.

"Hello?"

"Dahlia. Saya ni Irfan.."

"Ye Tuan Irfan." Walaupun dia hairan kenapa majikannya tiba-tiba menelefonnya.

"Hawa ada dekat office?" Suara Irfan agak cemas.

"Bukan dia dengan Tuan Irfan ke?" Mata Dahlia mencari kelibat Hawa di mejanya namun tiada tanda tanda kawannya itu sudah pulang. Beg tangannya pun tiada.

"Panjang ceritanya tapi tadi dia keluar dari kereta saya."

"Takde. Hawa takde dekat office. Tuan Irfan cari Hawa dulu nanti saya cuba tanya location Hawa dengan abang dia." Balas Dahlia pula.

Kenapa pulak ni Hawa?

"Thank you Lia." Lalu Irfan mematikan talian.

Dahlia cuba menelefon Hawa sekali lagi namun hampa kerana masih tidak berangkat. Pantas Dahlia menelefon Ariff pula.

"Hello angah?"

Diam.

Ish apahal pulak diam ni? Aku nak cepat ni.

"Hello angah?"

"Angah takde kat sini." Balas Ariff selamba. Sakit hati kerana Dahlia masih memanggilnya angah.

"Ya Allah. Hawa hilang ni. Jangan main-main boleh? Tolong tengok location dia. Lia nak cari Hawa ni." Ujar Dahlia dengan penuh geram. Ada ke patut dia bergurau saat genting macam ni?

"Adik hilang? Bukan dia dengan Irfan ke?" Terus bertukar nada suara Ariff.

"Panjang ceritanya. Tolong hantar location dia. Lia call pun tak berjawab ni." Nak cerita pun dia tak tahu apa yang terjadi.

"Okay okay." Ariff matikan talian dan terus mencari lokasi Hawa.

Selepas itu, Ariff cuba menelefon Hawa beberapa kali. Tidak berangkat. Dia menelefon Irfan pula.

"Ye Riff."

"Kau buat apa dekat adik aku?? Menyesal aku bagi Hawa ikut kau laa." Jerkah Ariff pada Irfan.

"Aku tak sempat nak explain Riff. Dia tiba-tiba mintak putus. Then dia lari. Aku tak boleh kejar sebab tengah jalan raya." Irfan menguak rambutnya ke belakang. Dia sudah berpusing di kawasan Hawa larikan diri tadi beberapa kali tetapi masih tidak nampak Hawa.

"Aku settle hal ni dengan kau lepas ni. Nanti aku bagi location dia kat kau." Setelah Ariff bagi location pada Irfan dia menelefon Dahlia kembali.

"Aku dah bagi location pada Irfan. Ni pun aku pusing balik cari Hawa. Kau tak payah risau." Ujar Ariff pada Dahlia. Nasib baik Dahlia menelefonnya kalau tidak mungkin dia tak tahu apa akan jadi pada adiknya.

"Baik angah. Terima-." Ujar Dahlia.

Tutt..tutt..tutt..

"Aik? Tutup macam tu je?" Gumam Dahlia geram. Nak buat kerja pun tak tenang selagi tak jumpa Hawa.





ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now