BAB 54

3.7K 187 20
                                    



Selepas Ashraff dan Sofiyya pulang, Ariff dan Hawa menonton televisyen. Irfan pula berada di dalam bilik.

"Angah malam ni kita dinner sekali nak? Esok adik dah nak balik KL."

"Tak kot. Angah ada plan malam ni."

"Plan apa? Tak boleh cancel ke? Kita dah lama tak makan luar sekali." Lepas kahwin memang jarang Hawa meluang masa dengan Ariff.

Padahal baru dua hari kahwin.

Kalau tak dia keluar dengan Irfan, mesti Ariff yang keluar ke mana-mana. Sudahlah dia jarang berenggang dengan Ariff.

"Tak boleh adik. Nanti angah turun KL angah bawak adik keluar. Nak?"

"Angah macam tak nak layan adik dah sekarang." Suara Hawa seolah-olah merajuk.

"Mana ada.. cuma sebab angah dah janji." Sangkal Ariff.

"Biasa angah boleh cancel je kalau adik ajak keluar. Dari Pekan pun sanggup turun KL kalau adik ajak." Terus muncung mulut Hawa.

Ariff menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ha sudah, merajuk pulak adik kesayangan dia.

"Adik.."

Irfan yang kebetulan baru keluar dari bilik memandang wajah isterinya yang masam mencuka. Ariff pula memandang Irfan mohon pertolongan.

"Kenapa ni sayang?" Irfan melabuhkan punggung di sebelah Hawa.

"Angah tu. Ajak keluar makan tapi sibuk je dengan plan dia. Entah bila dia ada ramai kawan." Hawa menyilangkan tangan.

Irfan pula memandang Ariff selepas mendengar luahan isterinya.

"Angah dah janji adik. Tak boleh cancel. Nanti angah belanja adik shopping kat KL. Nak?" Ariff terpaksa memujuk Hawa lagi.

Takkan nak bagitahu dia mahu keluar dengan Dahlia malam ni? Namun Hawa masih berdiam diri.

"Sayang.. angah ada hal penting laa tu. Kesian angah sayang buat dia serba salah." Pujuk Irfan sambil menggosok lengan isterinya.

"Ajak makan je pun. Tak nak sudah." Hawa bangun dan terus masuk ke bilik.

Irfan mengangkat bahu memandang Ariff. Manja betul Hawa dengan Ariff kadang terdetik juga rasa cemburu. Dia pun mahu Hawa manja dengan dia.

"Aku tak boleh cancel plan malam ni."

Ariff sudah serba salah. Takkan nak cancel kot plan dengan Dahlia.

"Takpe laa. Nanti aku pujuk dia. Kau pergi je." Kasihan pula Irfan melihat Ariff yang serba salah.

Haih laa isteri, manja dengan aku ni tak nak.

"Thanks adik ipar." Ariff menghulurkan fist bump pada Irfan. Gittew.





Di dalam bilik Hawa sudah ketawa tanpa suara kerana bimbang Irfan dan Ariff dengar.

Sebenarnya dia saja mahu mengusik Ariff, dia tahu Ariff ingin keluar dengan Dahlia malam ni. Mana dia tahu? Semestinya Dahlia yang bagitahu tadi.

Jadi dia ingin menguji sama ada angahnya itu bersungguh atau tidak mahukan Dahlia. Jujur kalau Ariff sanggup batalkan date dia dengan Dahlia, mungkin Hawa akan kecewa.

Walaupun dia manja dengan Ariff itu tak bermakna dia mahu Ariff sentiasa bersama dengannya. Dia suka kalau ada seseorang boleh bahagiakan Ariff.

Dari kecil Ariff sentiasa cuba memenuhi kehendak dan memberi kebahagiaan kepada Hawa, begitu juga dengan Hawa yang selalu doakan Ariff mendapat bahagianya.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now