SETELAH 2 jam memandu, Ariff tiba Pekan dalam pukul 3 pagi. Dia mengeluh lagi apabila tidak nampak kereta Hawa di situ.Ariff meraup kasar wajahnya. Badan yang letih tidak dia hiraukan. Dalam kepala cuma satu, dia mahu adiknya. Hawa.
Ariff tersedar dari tidur apabila pintu cermin keretanya di ketuk. Dia melihat Haji Hassan sudah berdiri di sebelah keretanya. Pantas Ariff membuka pintu kereta.
"Kenapa tidur dalam kereta ni?" Soal Haji Hassan pelik. Tak pernah lagi cucunya ini tertidur dalam kereta.
"Angah tertidur atuk. Tak sedar." Ariff melihat jam di tangannya. Pukul 4 pagi. Lebih kurang sejam dia tertidur tadi.
"Naik atas.. tidur dalam bilik.." Haji Hassan menepuk lembut bahu Ariff. Melihat wajah cucunya itu, mungkin Ariff terlalu penat.
"Kenapa atuk tak tidur lagi?" Soal Ariff pula setelah dia matikan enjin kereta.
"Atuk dah tidur tapi terjaga. Atuk mimpi adik.. lepas tu atuk keluar nak tutup lampu tangga tu ha.. ternampak kereta kamu.." bagitahu Haji Hassan.
Haji Hassan bermimpi Hawa menangis. Dia cuba memeluk Hawa namun Hawa melarikan diri darinya. Selepas pada itu, dia terus rasa tidak sedap hati.
Ariff cuma diam mendengar cerita atuknya. Dia teringat Ashraff sudah berpesan jangan bagitahu atuk lagi kerana Ashraff sendiri yang akan bagitahu pada atuk mereka.
Ariff naik ke atas rumah dan membersihkan diri. Setelah itu dia bersolat dan berdoa. Berdoa agar adiknya selamat walau dimanapun dia berada.
"Macam mana along?" Selepas Subuh Ariff terus menelefon Ashraff.
"Takde lagi ngah.." perlahan suara Ashraff.
"Nanti aku turun KL, kita cari lagi." Kata Ariff pula. Dia tak akan berdiam diri dan menunggu sahaja.
"Ngah.. kau rehat dulu.. mesti kau penat.. pergi sana sini. Jangan bimbang aku cari adik kat sini.. aku dah suruh orang cari jugak." Ashraff risaukan Ariff bimbang kejadian kemalangan dulu berlaku lagi.
"Bila kita nak bagitahu atuk?"
"Kalau harini tak jumpa jugak, aku bagitahu atuk malam ni." Ashraff sudah berkira kira untuk membuat report polis jika tidak jumpa Hawa selepas 24 jam. Dia juga akan balik ke kampung bertemu dengan atuknya.
"Okay along.. semalam atuk mimpi adik.. aku dah serba salah.." cerita Ariff lagi.
Kasihan pula pada atuknya itu. Mungkin Haji Hassan boleh rasakan sesuatu sebab tu dia bermimpi.
"Kita doa yang baik baik je ngah.. InsyaAllah kita jumpa adik."
Panggilan dimatikan dan Ariff mencari Haji Hassan. Atuknya itu sedang mencuci motor buruknya itu. Motor kesayangan yang banyak membawa kenangan.
Melihat motor itu pun Ariff teringatkan Hawa.
Ya Allah aku rindu adik aku..
PAGI itu selepas Subuh, Hawa berjalan-jalan di sebuah pantai. Dia duduk di atas pasir sambil merenung laut.
Semalaman dia berfikir tentang mak kandung yang diperkatakan oleh abang-abangnya.
"Layak ke dipanggil mak?" Gumam Hawa perlahan.
Sedang dia melayan perasaan, ada seorang lelaki duduk di sebelahnya.
"Feeling better?" Lelaki itu memberikan senyuman pada Hawa.
"Hmm.. entahlah.." Hawa menggeleng kepalanya perlahan. Dia pun tak tahu apa yang dia rasa sekarang.
"Tak nak balik ke? Mungkin keluarga Hawa risaukan Hawa.." kata lelaki itu lagi.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...