BAB 17

4.1K 187 3
                                    




IRFAN keluar dari biliknya bila melihat jam sudah 12.40 tengahari. Matanya memandang tempat duduk Hawa yang sudah kosong itu.

"Laju pulak kentang ni keluar harini." Gumam Irfan. Dia melihat jambangan bunga yang dikirimnya terletak elok di sisi meja Hawa. Irfan mengukir senyuman. Teringat wajah comel Hawa bila gadis itu mengangguk suka dengan pemberiannya.

Tiba tiba telefonnya berbunyi. Hilang bayangan wajah comel Hawa tadi. Dia mengeluh melihat nama itu. Dia menekan butang hijau.

"Hai Irfan. Sorry ganggu you. I really need your help." Terdengar suara seorang gadis di hujung talian.

"What?" Soal Irfan lalu dia melangkah ke biliknya.

🥔🥔🥔

Tengahari itu Hawa awal-awal lagi mengajak Dahlia keluar makan tengahari walaupun dia tidak berselera nak makan.

"Kenapa kau duk kuis-kuis je makanan tu? Kau demam ke?" Soal Dahlia sambil meletakkan tapak tangan ke dahi Hawa. Tak panas sangat.

"Ish takde laa Lia." Lalu Hawa menepis tangan kawan baiknya itu.

"Dah tu? Kau jarang tolak makanan Hawa. Cepat story." Dahlia sudah menopang dagu memandang Hawa.

Hawa mengeluh perlahan. Nak cerita pun dia tak tahu nak mula dari mana. Nak bagitahu dia terasa hati dengan Irfan? Tapi sebab apa nak terasa hati?

"Hawa cepat laa." Paksa Dahlia lagi sambil menggoncang lengan Hawa. Geram betul bila Hawa masih mendiamkan diri.

"Nantilah aku cerita." Jawapan Hawa disambut dengan jelingan maut dari Dahlia.

"Kau tak nak story, aku dah malas teman kau lunch lepas ni." Ugut Dahlia. Ahh merajuk.

"Tchh kau ni. Tak payah acah merajuk laa. Aku bukan tak nak story tapi aku pun tak tahu nak start dari mana. Nanti aku cerita eh bff kesayangan." Pujuk Hawa bila melihat muncung Dahlia yang sedepa itu.

"Janji?" Dahlia menghulurkan jari kelingkingnya.

"Janji." Balas Hawa sambil membuat pinky promise pada Dahlia.


🥔🥔🥔


Selepas pulang dari makan tengahari, belum sempat Hawa duduk di kerusinya interkom berbunyi.

"Hawa masuk bilik aku."  Arah Irfan.

Irfan tak keluar lunch ke? Hawa menarik nafas panjang sebelum melangkah ke bilik Irfan.

"Ye Tuan Irfan." Hawa memandang sekilas pada Irfan lalu dia menunduk membelek buku notanya.

"Aku dah decide model mana yang aku nak. Kau contact diorang bagitahu datang office lusa." Irfan menghulurkan fail kepada Hawa.

"Baik. Ada apa-apa lagi?" Soal Hawa mendatar.

Irfan hairan bila dia merasakan Hawa seperti dingin dengannya. Kenapa pulak ni? Irfan bangun dan bertenggek di mejanya sambil menyilang tangan.

"Kau kenapa?" Soal Irfan.

"Kenapa apa?" Hawa masih menunduk bermain dengan buku notanya. Dia tidak memandang Irfan.

"Kenapa macam marah kat aku?" Soal Irfan lagi. Dia tak puas hati bila Hawa tidak memandangnya.

"Bila masa?" Suara Hawa sedikit tinggi tapi masih tidak memandang Irfan. Suka-suka dia je fitnah aku. Nampak macam marah ke ni? Sikit laa kot. Kan?

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now