BAB 43

3.5K 165 10
                                    




"Morning fiancee.. rindu ke call awal pagi ni?" Ujar Irfan setelah menjawab salam.

"Banyaklah awak punya rindu.. saya nak bagitahu ni.. saya mungkin MC harini.. sakit kepala.." Hawa cuma senyum dengan soalan Irfan. Sekarang Irfan suka betul mengusik dia.

"Sakit kepala? Macam mana boleh sakit kepala? Aku datang kejap lagi.."

"Tak payah laa.. along dah cakap nak hantar saya pergi klinik. Saya cuma nak cakap saya nak ambik MC je harini.." balas Hawa sambil mengerling Ashraff yang sudah menunggu dalam keretanya.

"Hmm macam mana boleh sakit kepala ni?" Lembut nada suara Irfan bertanya.

"Entahlah.. nanti ada masa saya cerita ye.." pertanyaan Irfan membuatkan Hawa sebak. Dia cuba menarik nafas untuk hilangkan rasa sebaknya.

"Okay, anything keep me update and please take care dear." Balas Irfan tak mahu memanjangkan perkara ini dan tidak mahu memaksa.

Mungkin ada sesuatu yang Hawa masih belum mahu ceritakan padanya lagi.

"Okay awak.." balas Hawa lalu dia mematikan talian. Risau betul Irfan padanya.




Selepas pulang dari klinik, Hawa berehat di dalam biliknya. Ashraff pula cuma menghantar Hawa pulang dan dia terus ke pejabatnya.

"Adik, kak long ada buat bubur.. makan sikit.." Sofiyya meletakkan dulang di meja sisi Hawa. Macam biasa bibirnya selalu mengukir senyuman manis.

"Kak long susah-susah je bawak naik.. adik boleh turun laa.." Hawa bangun dari baringannya dan memandang Sofiyya dengan perasaan serba salah.

"Mana ada sudah untuk adik kesayangan kak long ni.." Sofiyya mencuit hidung mancung Hawa.

"Thank you kak long.. sorry banyak susahkan kak long dengan along.." ujar Hawa perlahan.

"Apa cakap macam ni? Kak long tak suka laa.."

Hawa cuma senyum nipis pada Sofiyya. Entahlah, semalaman dia berfikir dia banyak menyusahkan ahli keluarganya.

Selalu buat abang-abangnya risau. Bila tengok wajah Sofiyya, dia rasa menyusahkan kakak iparnya pula. Dahlah dia cuma menumpang di sini.

Dia mengambil bubur itu dan menyuap ke mulutnya.

Sofiyya pula memandang Hawa dengan penuh kasih. Mesti adik iparnya ini banyak berfikir sampai boleh sakit.





Petang itu Hawa duduk di gazebo bersama Ayyash untuk mengambil angin. Tiba-tiba ada sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah Ashraff.

"Hai cik tunang.." sapa Irfan setelah dia keluar dari keretanya.

"Awak tak cakap pun nak datang?" Soal Hawa sedikit terkejut bila melihat Irfan datang.

"Kau tu yang tak angkat call.."

"Handphone dalam bilik.. sorry.. tu apa tu?" Hawa muncungkan mulutnya pada tangan Irfan.

"Ini untuk orang yang tak sihat. Ada bubur nasi, ada tom yam kaw, ada sup.." Irfan menunjukkan beberapa plastik yang berisi makanan di tangannya.

"Banyaknya.. mana habis saya nak makan semua.."

"Along cakap kau takde selera.. lepas tu aku call tak angkat.. aku beli je laa mana yang terlintas.." Irfan sudah meletakkan makanan di hadapan Hawa.

"Membazir laa awak.." Hawa memandang wajah Irfan. Tak penat ke lelaki ni? Baru balik kerja kena beli makanan lepas tu singgah sini?

"Takde takde.. jom makan.." Irfan mula membuka plastik yang berisi makanan itu.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now