"Adik mintak maaf along..""Suka buat orang risau macam ni?" Suara tegang Ashraff buat Hawa menelan air liur.
Takut!
Perlahan-lahan Hawa melepaskan pelukannya pada Ashraff. Dia mencapai tangan Ashraff lalu menciumnya.
"Adik mintak maaf along.. adik cuma-"
"Cuma apa? Adik sedar tak adik buat semua orang risau? Angah tu merata-rata cari adik.. semalaman tak tidur cari adik.. dari KL sampai sini cari adik?" Ashraff tak mahu memarahi Hawa namun adiknya perlu tahu kelakuannya itu tidak patut. At least bagitahu sepatah.
"Abang.. dah laa tu.." Sofiyya menggosok lengan suaminya untuk menenangkannya. Dia tahu Ashraff tak marah tapi dia risau.
"Hmm.. bila kita manjakan sangat macam ni laa jadinya.." tambah Ashraff lagi. Dia melihat Hawa yang tunduk memandang rumput.
Hawa diam tak berkutik bila mendengar bebelan dari Ashraff. Sungguh tak sangka sampai ke tahap ini Ashraff marahkannya. Tanpa sedar dia sudah menangis teresak-esak.
"Kenapa ni along? Adik?" Kedengaran suara Haji Hassan dari belakang. Dia yang baru pulang dari kedai terkejut bila melihat kereta cucu-cucunya di rumah.
"Hmm atuk.." Ashraff melepaskan tangannya dari Hawa lalu bersalam dengan atuknya.
"Kenapa ni? Kenapa adik menangis ni?" Soal Haji Hassan tak puas hati.
"Kita naik dulu. Along ada benda nak cakap dengan atuk." Seraya itu Ashraff menarik pinggang isterinya yang sedang mendukung anak mereka.
Ariff pula segera mendekati Hawa terkaku di situ dan menarik tangannya naik ke rumah. Mesti Hawa terkejut kerana Ashraff tidak pernah memarahinya seperti itu.
Haji Hassan mengangguk setelah mendengar cerita dari Ashraff. Tahulah dia kenapa Ariff sampai tertidur dalam kereta, kenapa cucu-cucunya boleh berkumpul di sini hari ini.
"Adik mari sini.." panggil Haji Hassan.
Hawa bangun dan duduk di sebelah Haji Hassan.
"Atuk mintak maaf sebab rahsiakan benda ni dari kamu. Mungkin kamu boleh kata kami pentingkan diri sendiri kerana tidak mahu kamu tahu. Tapi atuk nak kamu tahu kehadiran adik dalam keluarga ini memberi kebahagiaan. Semua orang sayang.."
"Adik tahu semua orang sayang adik.. sumpah adik tak pernah rasa kurang duduk dalam family kita.. adik bersyukur sangat.." Hawa memeluk atuknya.
Seketika Hawa melihat Ashraff yang sedang berpaling ke arah lain. Hawa bangun dan duduk bersimpuh depan alongnya itu. Dia ingin meminta maaf.
"Along.. please maafkan adik.. adik mintak maaf.. adik janji tak buat lagi.." Hawa mencapai tangan Ashraff lalu menciumnya berkali-kali.
Ashraff menarik nafas panjang. Kasihan pula pada Hawa yang meminta maaf padanya. Dia mengusap perlahan kepala Hawa.
"Along tak marah adik.. along risaukan adik.. semua orang risaukan adik.. dah bangun.. duduk sini." Ashraff menarik adiknya supaya duduk di sebelahnya.
Ashraff menyeka air matanya adiknya itu sebelum meneruskan percakapannya.
"Cuba cakap macam mana boleh ada kat Terengganu?"
"Adik jumpa sepupu adik semalam. Dekat stesen minyak.." ujar Hawa perlahan. Dia tahu macam pelik tapi itulah hakikatnya. Sepupu yang tiba-tiba muncul.
"Sepupu? Are you sure? Diorang sepupu adik?" Ashraff pula terkejut.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...