BAB 52

4.3K 212 15
                                    


Hai korang! Saya ada tiktok dan juga IG tau.

ID : bungalapan

Boleh follow saya dekat sana jugak! Thank you!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai menunaikan solat Isya' bersama Irfan, Hawa keluar dari bilik. Nampak Ashraff di sofa Hawa terus duduk disebelahnya dan melentokkan kepala pada bahu Ashraff.

"Ni kenapa pulak ni?" Soal Ashraff hairan tiba-tiba adiknya datang menempel.

"Along ni. Tak sayang adik dah ke? Duduk dekat pun tak boleh.." Hawa muncungkan mulutnya dan menyilang tangan ke dada.

Takkan baru kahwin dah tak boleh manja-manja?

"Takde laa. Suami adik mana? Adik tinggal dia sorang sorang dalam bilik ke?"

"Dia cakap nak rehat kejap tadi. Adik bosan adik keluar laa." Padahal Hawa malas berdua-duaan dengan Irfan.

Suaminya itu agak menyeramkan sekarang. Daripada Hawa menyeksa jantung dia, baik dia lari dulu.

"Tak sampai sehari kahwin dah bosan? Orang lain tak keluar bilik tau."

"Ish along ni ke situ pulak. Kak long mana? Angah? Atuk?" Hawa cuba mengalih topik. Malas berbahas pasal kahwin memang tak menang dia.

"Kak long tidurkan Ayyash. Angah dengan atuk keluar tadi. Jumpa siapa entah."

"Along..." Hawa kembali melentokkan kepala ke bahu Ashraff.

"Hmm.. apa?" Ashraff masih lagi fokus dengan iPadnya.

"Adik lapar.." Hawa gosokkan perutnya. Bukan dia tak boleh ke dapur tapi saja nak bermanja dengan along.

"Dah jadi isteri orang pun mintak makan dengan along." Ashraff jentik dahi Hawa kuat.

Tak sedar ke adik aku ni dia dah jadi isteri?

"Aww along. Sakit laa. Adik saja je pun." Hawa kembali muncungkan mulutnya. Tangan digosok ke dahi. Ngadu kat husbaby baru tau!

"Ada makanan kat dapur tu. Tadi angah ada simpan lauk kenduri. Kak long dengan along dah makan. Pergi ajak suami adik makan. Mesti dia lapar jugak. Adik kena jaga perut suami, makan pakai suami. Jangan fikir diri sendiri saja lepas ni. Adik dah jadi isteri orang tau." Ashraff mengusap rambut adiknya sambil menasihati.

Selama ini Hawa dimanjakan sangat oleh keluarga sampai masak pun mereka tak bagi jadi. Sebab tu Hawa tak pandai masak sampai sekarang. Dia cuba juga masak tapi bila selalu tak menjadi Hawa mula give up.

"Ye adik tahu along." Hawa cuma menadah telinganya.

Kalau orang tua tengah bagi nasihat dengar je. Jangan lawan.

"Macam tulah adik along. Okaylah, along nak masuk bilik dulu. Ingat tu ajak Irfan makan." Ashraff mengusutkan rambut Hawa sebelum dia masuk ke dalam biliknya. Entah apa Sofiyya buat dalam bilik tu.

"Along!" Hawa terjerit kecil bila rambutnya sudah kusut. Tangannya membetulkan rambut sebelum dia bangun untuk ke biliknya.

Hawa menguak sedikit pintu untuk melihat suaminya. Nampak Irfan sedang berbaring mengiring ke kanan dengan tidak berbaju.

"Tidur ke?" Gumam Hawa perlahan sebelum dia perlahan-lahan masuk ke dalam biliknya. Tak mahu mengganggu Irfan dia duduk melutut di tepi katil dan memandang wajah lena Irfan.

Siapa sangka lelaki kacak ini sudah menjadi suaminya?

Tengah tidur pun handsome.

Hawa menilik sepuas puasnya wajah suaminya dari kening turun ke mata, hidung dan bibir merah Irfan. Eee suka!

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now