BAB 46

3.8K 194 13
                                    



"NENEK kalau nak apa-apa panggil je Lia tau." Bagitahu Dahlia pada neneknya setelah neneknya dibaringkan atas katil.

Alhamdulillah neneknya sudah boleh keluar hospital pagi tadi.

"Ye laa Lia. Kamu tak payah risau sangat laa. Kamu pergilah berehat semalaman kamu tidur atas kerusi. Biar mak kamu je teman nenek." Ujar Nek Sah pada Dahlia.

Semalam Dahlia yang menemani neneknya di hospital, tak sanggup nak biarkan maknya yang juga sakit belakang tidur di hospital. Jadi dia menawarkan diri untuk menjaga neneknya.

"Betul tu Lia. Pergilah tidur dulu. Biar mak teman nenek kamu ni."

Dahlia cuma menurut arahan lalu dia menuju ke biliknya.

Dahlia mencapai telefon miliknya lalu dibelek skrin itu.

"Kata nak call.. takde pun.." gumam Dahlia perlahan. Ada sikit rasa kecewa.

Lalu dia letak kembali telefonnya dan dia cuba memejam mata. Tak sampai lima saat telefonnya berdering.

Terus membulat mata Dahlia bila nampak nama si pemanggil.

"Assalamulalaikum."

"Waalaikumussalam. Kau dekat hospital lagi ke?" Soal pemanggil itu.

"Kat rumah dah. Nenek discharge pagi tadi." Ujar Dahlia.

"Oo. Nanti petang ni aku datang rumah Nek Sah. Aku tak jumpa dia lagi ni."

"Tak payah susah-susah. Nanti datang sekali dengan Hawa pun takpe. Dia cakap weekend dia balik sini."

"Aku datang petang ni. Okaylah, aku ada kerja lagi ni. Bye." Terus Ariff matikan talian.

Dahlia terkulat-kulat memandang ke arah telefonnya.

"Ishh dia ni geram betul aku. Selalu tak menyempat. Aduhh.. aku kena jumpa dia laa petang ni?" Dahlia bercakap dengan diri sendiri.

Otaknya ligat bagaimana mahu bertemu dengan Ariff petang ini setelah kejadian semalam.

Kejadian mana? Alaa yang Ariff puji Dahlia cute tu?

Ingat?





HARI ini Hawa bersama seorang staf lain keluar untuk pergi ke studio untuk menghantar koleksi baru untuk photoshoot.

Hawa yang kebetulan sudah menyelesaikan semua tugasannya berasa bosan kerana Dahlia cuti. Jadi dia mengikut staf itu ke studio.

"Takpe Aina, saya boleh bawa yang ni. Tangan awak dah penuh tu." Ujar Hawa pada Aina yang tangannya sudah penuh dengan beg berisi pakaian itu.

"Thank you Hawa." Aina senyum lalu dia berjalan menuju ke lif yang disediakan. Studio terletak di tingkat 3 bangunan ini. Hawa juga mengekori langkah Aina sambil menjijit beg yang juga berisi pakaian.

"Besar giler studio ni Aina." Kagum Hawa melihat studio yang sangat besar itu. Biasanya dia cuma lihat studio seperti ini di dalam cerita Korea sahaja.

Aina cuma senyum dengar kata-kata Hawa itu. Dia sudah biasa dengan studio ini. Studio milik IDAN Exclusive ini turut disewakan kepada freelancer model dan juga syarikat luar.

"Haa letak sini je baju tu. Nanti ada orang ironkan. Kita akan susun ikut mana yang nak pakai dulu." Kata Aina lagi. Matanya mencari seseorang yang sudah ditugaskan untuk iron pakaian ini semua.

Hawa cuma mengikut arahan Aina. Aina merupakan staf senior dan banyak pengalaman.

"Jom kita masuk bilik mekap tengok model bersiap pulak." Ajak Aina. Hawa sudah teruja dengan ajakan Aina itu.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now