BAB 22

4.1K 224 6
                                    



Setelah puas berehat di luar, Hawa masuk ke dalam rumah. Dia ingin tahu apa yang Irfan ingin bicarakan dengan Ashraff.

Hawa menjenguk kepalanya ke ruang tamu. Nampak Ashraff sedang memegang iPad. Irfan berada di sebelah kiri manakala Ariff berada di sebelah kanan. Mereka sangat fokus memandang skrin iPad itu.

Tengok apa tu?

Bila Hawa melangkah masuk mereka terus menjarakkan diri sesama mereka. Hawa yang sudah tercegat di hadapan mereka seraya mengerutkan dahinya.

"Tengok apa tu?" Soal Hawa sambil merenung muka lelaki-lelaki di hadapannya.

"Takde pape laa adik. Along ada hal sikit dengan Irfan. Hal kerja." Ashraff cuba menyembunyikan kebenaran. Buat masa ni Hawa tak perlu tahu lagi.

Hawa memandang Irfan. Irfan jugak mengangguk tanda mengiyakan percakapan Ashraff.

Namun Hawa masih tidak berpuas hati, dia merenung tajam kepada Ariff. Ariff yang faham renungan Hawa mengalihkan pandangannya. Takkan nak bagitahu?

"Cakap laa betul-betul." Desak Hawa lagi. Mesti ada sesuatu ni. Kenapa nak berahsia sangat? Takkan pasal kerja nak bincang dekat rumah?

"Betul Hawa. Kitorang bincang pasal kerja. Pasal kereta. Mungkin lepas ni company nak beli kereta dengan Ashraff." Irfan pula bersuara. Hentam je laa apa-apa pun asal Hawa tak tahu.

Bila mereka semua sepakat mengangguk, Hawa mengetap bibir. Lalu Hawa terus melangkah mencari Sofiyya dan Ayyash walaupun dia sangsi dengan jawapan Irfan tadi.

Irfan yang melihat Hawa sudah berlalu itu, tersenyum sambil menggeleng kepala. Harini dia nampak sisi berlainan Hawa. Manja betul. Kuat merajuk pula tu.

"Ehem." Ashraff berdehem bila melihat Irfan yang ralit memandang adiknya Hawa. Dari cara Irfan dia tahu, Irfan menaruh hati pada Hawa.

Irfan baru tersedar dia terlalu asyik memandang Hawa. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila abang-abang Hawa berpaling ke arahnya.

"Kau suka adik aku ke?" Soal Ashraff. Dia memandang Irfan yang sudah tidak senang duduk di sebelahnya.

Giliran Irfan pula terkedu. Dia mahu menjawab namun renungan Ariff di sebelah Ashraff membuatkan dia tidak mampu berkata kata.

"Along. Fokus hal ni dulu." Tegur Ariff. Dia tidak suka Ashraff terlalu rapat dengan Irfan. Baru kenal dah anggap macam kawan lama. Mudah sangat Ashraff ni percayakan orang.

Ariff bukan tak nampak cara Irfan melayan Hawa seolah olah berminat dengan Hawa. Namun Ariff masih tidak sukakan lelaki itu. Mungkin dia terlalu ingin melindungi adiknya Hawa. Entahlah. Baginya Hawa masih muda untuk bercinta.

"Ye laa ngah. Ni kita nak report polis ke apa? Dua-dua video ni memang nampak jelas orang yang sama. Pakaian yang sama." Ujar Ashraff yang masih lagi melihat video di dalam iPad itu.

"Tapi masih tak cukup bukti lagi. Polis mungkin anggap ni satu kebetulan je." Irfan pula mencelah. Ashraff mengangguk tanda bersetuju.

Sebenarnya Irfan datang ke rumah Ashraff untuk menunjukkan rakaman video CCTV yang dia dapat dari bangunan berdekatan pejabatnya dan restoran di mana dia makan tengahari dengan Hawa baru-baru ini.

Video lelaki yang menganggu Hawa. Walaupun muka tak kelihatan jelas namun bentuk badan dan pakaian menunjukkan lelaki itu orang yang sama.

Entah apa orang ini mahukan dari Hawa.
Kejadian ini membuatkan Irfan ingin melindungi Hawa.

"Terima kasih Irfan kau sanggup susah payah cari video ni. Walaupun tak cukup bukti, tapi at least kita tahu ni orang yang sama. Mesti ada motif ni." Ujar Ashraff walaupun hati dia berat mengatakan itu berkaitan dengan peristiwa dulu.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now