IRFAN melihat Hawa yang sedang melilit tudung di kepalanya. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor bersama-sama."Sayang kena pergi ke?" Irfan yang duduk dibirai katil memandang Hawa yang sedang bersiap. Hawa mahu menemani Puan Hayati.
"Hmm.." gumam Hawa. Dia masih lagi fokus dengan tudungnya. Lagipun dia masih dalam mood merajuk.
"Nanti abang rindu macam mana?"
Hawa memandang suaminya sekilas sebelum melemparkan pandangan menyampah.
"Abang nak bagi sesuatu pada sayang ni." Irfan menyorokkan sesuatu di belakangnya.
Hawa terus berpaling pada Irfan. Menunggu.
"Oo dengar nak bagi sesuatu terus pusing eh. Sini duduk dekat abang."
Hawa terus duduk di sebelah Irfan. Mana tahu dapat hadiah kan? Dalam merajuk pun kalau orang nak bagi hadiah, kena laa ambik kan?
"Nah."Irfan hulurkan telefon milik Hawa.
"Abang! Mana abang jumpa?" Hawa sudah terjerit kecil. Tak bosan laa lepas ni. Dah ada handphone.
"Dah jumpa peragut tu. Dah kena tahan dah pun." Ujar Irfan. Tak sampai sejam lepas minta pertolongan Tengku Elhan, terus dapat jejak peragut tu.
"Alhamdulillah. Takde laa Hawa bosan lepas ni. Abang tahu tak? 24 jam terasa lama betul bila takde handphone." Hawa mula berceloteh sambil tangannya laju menekan nekan telefonnya.
Irfan menahan senyum. Tak ingat dah mood merajuk dia tu kot?
Irfan mendapat satu idea nakal. Kali ini biar dia pula merajuk.
"Abang kenapa?" Hawa hairan bila suaminya diam dan cuma memandangnya.
Irfan mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang. Hawa cuma melihat tingkah laku suaminya.
Nak call siapa tu?
Hawa melihat telefon di tangannya yang berbunyi.
Hawa menelan air liur. Alamak. Dia memandang wajah Irfan yang tiada reaksi itu di sebelahnya.
"Kenapa tak angkat?" Soal Irfan.
"Err.."
"Tu. Kenapa save nama abang macam tu?" Irfan muncungkan mulut ke arah telefon Hawa. Memang selama ini dia tak pernah kacau privacy isterinya yang satu itu.
"Err.. abang.."
"Apa?"
"Hawa lupa laa nak tukar." Perlahan Hawa menjawab.
"Lupa? Takkan setiap masa tengok n abang naik dekat skrin tu tak perasan? Abang selalu call selalu mesej kan?" Irfan merenung tajam pada wajah isterinya yang sudah tersebik itu. Dia kasihan tapi dia mahu mengusik Hawa.
Semasa dia mendapat telefon Hawa, dia cuba hidupkan telefon itu. Bila melihat namanya yang disimpan Hawa, dia terkejut. Irfan Mulut Puaka?
"Abang.." Hawa menguis lengan Irfan. Boleh pula dia lupa nak tukar nama Irfan dalam contact dia? Ye laa sebab dah biasa tengok nama tu, tak rasa apa apa dah.
"Dah lah. Tadi cakap nak pergi bilik ibu kan? Pergilah dulu. Abang nak rehat." Balas Irfan lalu dia merebahkan dirinya atas katil.
Hawa mencebikkan bibirnya. Aku nak merajuk, alih alih aku pulak kena pujuk dia.
"Abang.." Hawa goncangkan lengan suaminya namun Irfan tidak endahkan dia.
"Abang.. abang tak nak makan ke? Hawa teman abang makan ye.." Hawa baru teringat Irfan belum makan tengahari lagi.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
Lãng mạnIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...