Irfan berhentikan kereta di hadapan sebuah butik pengantin kenalan Puan Rose. Sebaik sahaja melangkah masuk mereka disapa oleh pekerja butik tersebut."Irfan Danial." Ujar Irfan pada pekerja tersebut.
"Oo hai Tuan Irfan. Boleh duduk dulu ye. Nanti saya bawakan baju." Pekerja itu menunjuk ke arah sofa yang disediakan dan dia meminta diri sebentar.
Hawa memandang keliling butik mewah itu. Banyak baju pengantin yang cantik dipamerkan sehingga dia sendiri rambang mata.
Tiba-tiba matanya tertancap pada satu gaun pengantin yang sangat ekslusif. Rekaannya simple namun tampak mewah.
Ni kalau aku pakai ni, confirm. Confirm tak lawa. Sebab aku pendek. Desis hati Hawa.
"Kau suka?"
Soalan Irfan itu mematikan lamunan Hawa.
"Ha?" Tanya Hawa kembali seolah dia tidak mendengar soalan Irfan tadi.
Irfan muncungkan mulutnya ke arah gaun pengantin itu.
"Aah lawa sangat.. Nampak simple tapi mewah."
"Tapi tak sesuai kot dengan kau."
"Kenapa?" Hawa mengerutkan dahi.
"Sebab kau pendek." Jawab Irfan dengan selamba. Irfan ketawa kecil melihat wajah Hawa yang mula cemberut.
"Pendek-pendek pun. Yang ni jugak awak nak." Bidas Hawa tak mahu kalah.
Berani dia sentuh soal inci aku? Tahulah dia tu tinggi terlebih kalsium.
"Aku ke? Bukan kau yang nak aku?" Irfan sudah senyum nakal. Makin galak dia mengusik Hawa.
"Ehh jangan nak perasan. Siapa entah sampai nangis nangis sebab kita tak nak dia." Cebik Hawa.
Teringat lagi Puan Rose bercerita Irfan menangis bila Hawa merajuk pasal Suraya dulu. Hawa sendiri tak sangka Irfan Danial boleh menangis kerananya dan itulah juga yang membuatkan Hawa yakin Irfan betul betul sayangkan dia.
"Oo main kasar eh?" Dengus Irfan tak puas hati. Tak puas hati kerana mamanya memandai bercerita hal itu kepada Hawa. Aib tau!
"Tak malu badan sado tapi hati tisu." Hawa menjelir hujung lidahnya pada Irfan. Hatinya ketawa bila melihat wajah Irfan pula berubah.
"Kau sabar eh Hawa. Nanti aku balas." Ugut Irfan pula.
Belum sempat Hawa membalas pekerja butik tadi datang dan menunjukkan pakaian pengantin pilihan mereka sebelum ini. Mereka memilih tema songket berwarna silver grey. Cantik!
"Dah boleh masuk fitting room ye. Mari saya tunjukkan." Kata pekerja butik tadi.
Lalu mereka berdua mengikut langkah pekerja tadi dan masuk ke fitting room. Fitting room asing-asing ye!
Dalam sepuluh minit Irfan sudah keluar dengan lengkap memakai baju pengantin. Dia melihat dirinya pada cermin dan berpuas hati dengan baju itu.
Sementara menunggu bakal isteri siap, Irfan menunggu di sofa sambil bermain dengan telefonnya. Seketika bermain telefon Irfan mula bosan lalu dia melihat jam di tangan.
Dah dekat 30 minit. Lama betul kentang aku ni pakai baju. Detik hati Irfan.
"Tak siap lagi ke Hawa?" Tanya Irfan sedikit kuat.
"Kejap laaa." Hawa mengetap bibir bila mendengar suara Irfan.
Sebenarnya dia dah siap tetapi dia rasa malu untuk keluar. Hawa mengumpul kekuatan untuk keluar dari fitting room itu.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...