BAB 51

3.9K 187 8
                                    


Tipu jeee. Ada lagi ni. Sikit lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"BOLEH panggil ahli keluarga ye untuk bergambar." Kata jurugambar yang ditempah khas oleh Ariff.

Kalau ikutkan Hawa dia mahu buat majlis yang simple sahaja namun ditegah Haji Hassan. Dia mahu keluarga Irfan dan tetamu dirai besar-besaran.

"Lia pergi panggil angah aku kat bawah tu." Suruh Hawa pada Dahlia.

"Alaa." Dahlia hentak kaki tanda protes.

Aku dahlah nak elak si Ariff tu, boleh pulak suruh aku panggil.

"Pergilah. Cepatt. Nanti aku nak kena tukar baju ni." Gesa Hawa lagi. Dia nampak muka Dahlia sudah muncung tapi dia tak kisah. Selagi ada peluang, dia akan terus rapatkan Dahlia dengan Ariff.




Dahlia akur dan turun ke bawah mencari Ariff. Dari jauh kelihatan beberapa gadis sedang berbual dengan Ariff walaupun lelaki itu nampak seperti terpaksa melayan mereka.

Dah tahu tak suka, layan jugak. Dengan aku bukan main lagi beku.

Tiba-tiba Dahlia dapat idea nakal. Dia menuju ke arah Ariff yang membelakanginya.

"Abang Ariff.. Hawa ajak bergambar. Jom!" Dahlia sengaja melunakkan suaranya dan menarik lengan baju Ariff.

"Err..kau-"

"Jom laa. Panas ni abangg.." Dahlia potong percakapan Ariff dan meleretkan suaranya lagi.

Bibir dicebikkan untuk mantapkan lakonannya. Dia menjeling budak perempuan di hadapan Ariff.

Ariff merenung tajam mata Dahlia.

Kena sampuk ke?

Walaupun pelik dengan perangai Dahlia namun dia turutkan juga.

"Okay.. Jom."

Dahlia cuba mengelak pandangan Ariff dan laju pusingkan badannya. Dia menampar mulutnya.

Cari pasal betul kau Lia.

Ariff cuma menggeleng kepalanya bila nampak Dahlia sudah jauh darinya. Dia perasan sepanjang Dahlia berada di rumahnya, memang gadis itu mengelak darinya jadi dia agak terkejut dengan tindakan Dahlia itu tadi.

Budak-budak perempuan tadi ditinggalkan begitu sahaja. Dahlia sudah selamatkan dia kali ini kerana dia memang tak selesa bercakap dengan mereka.





"Along, atuk, cepatlah laa." Gesa Hawa lagi apabila atuknya masih seronok bersembang dengan tetamu. Haji Hassan kalau dah jumpa geng dia, memang tak tengok kiri kanan dah.

"Ha ye lah. Kejap ye cucu panggil dah tu." Ujar Haji Hassan pada kawannya itu.

Akhirnya semua family Hawa berada di atas pelamin termasuk yang paling kecil si Ayyash tu.

"Pengantin boleh rapat sikit ye." Kata jurugambar itu. Biasalah masa macam ni suka diorang kenakan pengantin baru.

Mendengar arahan itu, Irfan terus memeluk pinggang isterinya itu rapat ke tubuhnya. Terus badan Hawa kejung bila terasa begitu rapat dengan Irfan. Dia bukan tak selesa tapi dia malu kerana belum biasa.

"Badan tu tak payah keras sangat sayang. Baru pegang sikit dah kejung ye?" Bisik Irfan pada isterinya.

Suka dia melihat wajah merah isterinya. Tu baru usik sikit, kalau lebih-lebih demam agaknya.

Hawa cuma menampar lembut bahu suaminya. Harini saja tak tahulah berapa kali Irfan mengusiknya. Penat blushing tau!

Bermacam posing digayakan mereka. Bukan selalu dapat bergambar ramai macam ni, biasanya raya baru dapat.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now