BAB 3

4.9K 269 7
                                    



"Kau tanya satu satu boleh tak? Relaks laa Lia." Hampir tercekik bila Dahlia tanya soalan bertubi tubi. Hawa tahu mesti Dahlia annoyed dengan dia sekarang, tapi dia sengaja mahu mengusik Dahlia.

"Macam mana nak relaks aku tak tahu ni. Cepat laa bagitahu bila kau couple?" Desak Dahlia lagi. Dia goncangkan lengan Hawa.

"Dalam mimpi aku. HAHAHAHA!" Ketawa besar Hawa dapat kenakan Dahlia. Dia pegang perutnya yang sudah penuh sambil ketawa.

"Ishhh bertuah punya kawan. Dah tu kau tipu Tuan Irfan?"

Taguna punya kawan. Baru nak excited BFF couple dengan captain. Hampeh. Dahlia mula makan, tadi tak lapar. Sekarang dah lapar bila dikenakan Hawa.

"Mana ada aku menipu. Memang dalam mimpi tu aku couple dengan dia." Kata Hawa sambil tersengih-sengih.

Dahlia melemparkan tisu yang digumpal ke arah Hawa. Geram betul aku!

"Woi!" Hawa mengelak sambil ketawa. Geram betul tu.

#########

PETANG itu Hawa sampai ke rumah dalam pukul 6 petang. Terkejut dia bila melihat kereta Ford Ranger milik angahnya di luar. Ariff Hakimi merupakan abang keduanya dan tinggal bersama atuk di kampung. Ariff yang banyak membantu atuk atau Haji Hassan menguruskan perniagaannya.

Hawa menjenguk ke dalam sebelum memberi salam. Matanya mencari susuk tubuh itu.

"Ha adik dah kenapa terjenguk-jenguk macam tu dalam rumah sendiri?" Tegur Sofiyya. Dia sedang mendukung Ayyash ketika ini.

"Adik nampak kereta angah kat luar. Angah mana?" Soal Hawa sambil tangannya dihulur untuk mengambil anak saudaranya.

"Angah keluar dengan along. Beli sate depan tu. Kejap lagi balik laa tu."

"Ayyash duduk dengan acu yee. Mama masuk dapur kejap."

########

Sedang Hawa bermain dengan Ayyash di ruang tamu, kedengaran suara abang-abangnya memberi salam. Terus Hawa bangun berlari anak dan memeluk tubuh angahnya. Rindu! Walaupun Ariff ni garang dari Ashraff tetapi Hawa tetap lebih manja dengan dia.

"Rindu?" Ariff menggosok lembut kepala Hawa.

Hawa mengangguk sengih. Kalau boleh dia mahu saja suruh Ariff pindah sini tapi apakan daya, nanti siapa nak jaga atuk dan uruskan perniagaan atuk kat Pekan tu?

Hawa perasan alongnya mencebik padanya. Dia melepaskan pelukan Ariff lalu memeluk alongnya.

"Nasib baik adik faham. Kalau tak along tak nak bagi sate favorite adik ni." Ashraff menunjukkan dua plastik sate di tangannya.

"Berani tak nak bagi adik?" Hawa cekak pinggan sebelum merampas plastik sate tu dan dia terus berlari ke dapur.

Abang-abangnya cuma ketawa melihat telatah adik kesayangan mereka. Manja betul.


Selepas Hawa meletakkan sate dalam pinggan, dia keluar membawanya ke ruang tamu dimana kedua-dua abangnya berada. Dia melabuhkan punggung di sebelah Ariff. Tidak lama kemudian, Sofiyya pula keluar membawa minuman.

"Macam mana first day adik?" Tanya Ashraff sambil mengambil sate lalu digigitnya.

"Okay je along." Baginya takde apa apa yang menarik selain melayan kerenah bosnya yang dianggap tidak matang itu. Hawa mengambil sate keduanya.

"Angah lama ke kat sini?"

"Dua hari. Lusa angah balik. Esok angah ada meeting dengan investor." Ariff mengelus rambut adiknya yang sedang makan sate. Elok saja Hawa bersila di bawah manakala dia duduk di sofa belakang Hawa.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now