Sepanjang perjalanan air mata Hawa tidak berhenti mengalir. Dia mengetap kuat bibir agak suaranya tidak kedengaran oleh Tuan Zainudin dan Puan Rose. Tangan pula dikepal sekuat mungkin supaya tidak menggigil.Dia teringat di mana petang tadi Dahlia ada bercerita tentang status yang dimuatnaik oleh Laila yang mengatakan dia bercuti di Kuantan.
Tetapi Hawa tidak mengendahkannya kerana baginya itu bukan urusan dia.
Walaupun dia tidak tahu Irfan ditangkap bersama siapa namun hatinya kuat mengatakan itu Laila.
Hawa sememangnya tidak percaya Irfan sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun dia takut, dia takut dia hanya mahu menafikannya.
Tiba di balai polis, Hawa dipegang erat oleh Puan Rose.
"Rose duduk sini dengan Hawa. Biar abang pergi sana." Ujar Tuan Zainudin pada isterinya.
Mereka duduk agak jauh dari Irfan. Hawa memandang wajah Irfan dan perempuan di situ silih berganti. Betullah tekaannya.
Laila.
Hawa cuma memandang Tuan Zainudin bercakap dengan beberapa orang pegawai di situ. Dia cuma duduk bersama Puan Rose.
Mahu mengamuk?
Mahu menangis?
Mahu meraung?
Ya semestinya tetapi mengenangkan Tuan Zainudin dan Puan Rose di situ, Hawa cuma berdiam diri.
Tidak lama kemudian ada seorang lelaki yang tidak dikenali Hawa muncul. Lelaki itu senyum tanda hormat sekilas pada Hawa dan Puan Rose sebelum dia mendekati Irfan.
Nampak lelaki itu seperti bukan orang biasa kerana pegawai-pegawai di situ seperti hormatkan dia.
Akhirnya Irfan dilepaskan dengan membayar denda. Menurut mereka, mereka mendapat laporan tentang pasangan berdua-duaan dan semasa serbuan Irfan dan Laila berada dalam berpakaian penuh cuma Laila sahaja tidak bertudung ketika itu.
Laila pula membuat kenyataan di mana Irfan yang menyuruhnya masuk ke dalam bilik hotel itu setelah mereka makan malam bersama.
Dan paling mengejutkan Hawa, Laila datang bersama Irfan ke hotel itu.
Mendengarkan itu, Hawa serta merta keluar dari situ dan diikuti Puan Rose. Betapa hancurnya hati Hawa bila Laila mengalirkan air mata seperti dia mangsa kepada Irfan.
Kalau benar pun Irfan yang menyuruhnya masuk ke dalam bilik hotel itu kenapa dia turutkan?
Apakah perempuan ini tidak fikir dosa pahala? Tidak fikir maruahnya? Tidak fikir kerjayanya? Apa yang berada di fikiran Laila sebenarnya?
"Sayang." Irfan cuba memanggil Hawa ketika semuanya sudah selesai. Dia mengekori isterinya bila melihat Hawa sudah mahu masuk ke dalam kereta Tuan Zainudin.
Hawa tidak menyahut namun pergerakannya terhenti. Dia mahu percaya Irfan tidak melakukan perbuatan itu namun entah mengapa dia rasakan kosong dalam jiwanya dan dia tak mahu bercakap dengan Irfan buat masa sekarang.
"Abang tak buat semua tu sayang. Perempuan tu sengaja perangkap abang." Jelas Irfan bersungguh sungguh. Dia yakin Hawa juga mendengar semuanya tadi. Dia cuba mencapai tangan Hawa namun ditepis lembut Hawa.
Hawa menyeka air mata yang jatuh dari pipinya. Bibir dikemam sekuatnya. Melihat Laila yang tersenyum sinis dibelakang Irfan membuatkan hatinya semakin sakit.
"Biar Hawa balik dengan papa. Kamu settle kan dulu perempuan tu." Ujar Tuan Zainudin.
Tuan Zainudin juga percaya anaknya diperangkap namun hati isteri mana tidak sedih bila mendengar berita itu. Dia juga faham perasaan menantunya.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...