Usai solat Zohor, Hawa bersiap-siap untuk keluar. Tadi dia sempat bercakap telefon dengan Dahlia. Baru dia teringat Dahlia tinggalkan kereta dia semalam. Jadi dia ingin mengambil kereta Dahlia alang-alang mahu keluar membeli ubat senggugut.Hawa pergi mengambil kereta Dahlia menaiki Grab. Setelah masuk ke dalam kereta Myvi milik Dahlia, Hawa memandu menuju ke farmasi.
Selesai membeli ubat yang diperlukan, Hawa berjalan menuju ke kereta. Sedang dia berjalan, dia terasa seperti seseorang sedang memerhatikannya.
Hawa berpusing melihat sekeliling namun tiada orang yang mencurigakan. Yang ada hanyalah orang lalu lalang yang tidak hiraukan dirinya.
"Perasaan aku je kot." Gumam Hawa perlahan. Dia memandu pulang ke rumah Dahlia.
Petang itu Hawa menonton drama Korea di televisyen. Sengaja dia marathon drama Korea supaya dia boleh hilangkan kesedihannya.
Dia mengangkat mukanya ke arah pintu apabila terdengar pintu dibuka dari luar. Ternampak wajah letih Dahlia menapak masuk ke dalam rumah.
"Kenapa muka monyok je ni?" Soal Hawa sambil melihat Dahlia.
"Penatlah. Kau tak tahu apa berlaku dekat office tadi." Dahlia menghempaskan badannya ke atas sofa.
"Apa? Apa yang berlaku? Ce cite.." Hawa mengangkat kening.
"Kilang salah cetak labeling. Total 10 ribu pieces baju. Dahlah baju tu nak cepat. Mengamuk Tuan Irfan harini. Habis semua kena maki." Cerita Dahlia.
Bila teringat wajah menyinga Irfan tadi, seram. Semua orang ditengkingnya.
"Macam mana boleh salah cetak pulak?" Soal Hawa kehairanan.
"Tertukar dengan order customer yang rebrand. Kesian pulak tengok Tuan Irfan tadi. Pagi tadi dia cari aku tanya pasal kau, masa tu pun muka dia dah tegang. Tengahari datang pulak masalah ni. Entahlah Hawa.." Dahlia menghela nafas.
Apa-apalah yang penting esok dia cuti. Malas mahu fikir pasal kerja.
Hawa juga terdiam. Kasihan dekat Irfan. Mesti tengah serabut. Hawa mengeluh. Namun bila diingatkan kembali kisah semalam, dia masih lagi sakit hati.
Cuma semalam buat Hawa sedar dia terlalu ikutkan hati dan perasaan. Mungkin kerana dia datang bulan, jadi emosinya lebih sensitif.
"Kau kenapa pulak ni Hawa? Tiba-tiba termenung. Teringat Tuan Irfan?" Soal Dahlia pula bila Hawa termenung. Mesti teringat Irfan tu.
"Takde laa Lia. Eh siap cepat, nanti angah ambik kita kat rumah along." Hawa cuba menyembunyikan perasaannya. Walaupun dia tahu Dahlia kenal benar dengan perangainya.
"Wehh lupalah. Kejap aku mandi dulu." Ujar Dahlia lalu bergegas bangun menuju ke biliknya. Yeay..Tak sabar nak jumpa abang Ariff.
Hawa menggeleng kepala melihat telatah Dahlia. Entah betul ke tidak si Dahlia tu mahukan abangnya. Ke dia main-main je?
Hawa mencapai telefonnya. Perlu ke aku unblock Irfan?
TIBA di rumah Ashraff, Hawa keluar dari kereta dan menuju ke arah Sofiyya. Memang waktu petang Sofiyya selalu duduk di laman menunggu suaminya pulang.
"Assalamualaikum kak long." Hawa memberi salam kepada Sofiyya yang berada di gazebo bersama anaknya Ayyash.
"Waalaikumussalam. Alahai adik, risau kak long semalam adik tak balik." Ujar Sofiyya sambil menepuk lembut bahu Hawa.
"Sorry kak long, seronok sangat berborak dengan Lia semalam." Mana boleh cakap hal betul. Nanti sampai ke telinga along, payah pula nak menjawab.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...