BAB 27

3.7K 186 7
                                    




Petang itu telefon Hawa berbunyi. Dia memandang skrin telefonnya. Dia teragak-agak untuk mengangkatnya. Namun dia tidak sampai hati.

"Hello." Sapa Hawa.

"Hai Hawa. Awak busy ke?" Soal Farez di hujung talian. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Hawa kerana sibuk dengan kerja.

"Tak sangat tapi tengah buat kerja. Kenapa Farez?" Soal Hawa pula.

"Sorry kalau ganggu. Saya cuma nak jumpa awak. Lama dah tak jumpa."

"Harini dengan esok tak boleh." Tolak Hawa. Kalau boleh dia tak nak keluar dengan Farez.

"Oo it's okay. Nanti saya call balik. Lagipun saya ada benda nak cakap dengan awak."

"Okay Farez. Next time ye."

Hawa meletakkan talian. Benda apa yang Farez nak cakap ye? Kalau Irfan tahu mesti Irfan tak setuju dia keluar dengan Farez.



Petang itu selepas pulang dari kerja Hawa terus ke airport untuk menjemput Irfan. Baru 5 hari berpisah terasa seperti 5 minggu.

Dari jauh kelihatan seorang jejaka tampan yang memakai t-shirt hitam lengan panjang bersama jeans biru duduk di bangku.

Menyedari kehadiran Hawa, jejaka itu melemparkan senyuman buat Hawa.

Bakal shuben siapa yang handsome sangat ni? Hawa sudah tersengih-sengih menutup debaran di dada. Senyuman Irfan mampu membuatkan jantung Hawa bekerja lebih dari biasa.

"Lama tunggu?" Hawa sengih menunjukkan giginya yang putih tersusun. Rasa bersalah kerana dia terlambat sampai. Jalan sesak.

"Takdelah lama sangat. Dalam setengah jam." Balas Irfan. Dia berdiri menghadap gadis yang amat dirinduinya.

"Sorry lambat. Tak tahu pulak jalan jammed." Ujar Hawa lagi sambil cebikkan bibirnya. Rasa bersalah lagi kerana buat Irfan menunggu lama.

"Cute." Gumam Irfan perlahan. Matanya tidak lepas memandang Hawa.

"It's okay. Peak hour biasalah. Degil nak ambik jugak, padahal aku boleh je suruh driver ambik." Balas Irfan lembut.

Dia tak mahu susahkan Hawa namun gadis ini tetap berdegil. Kalau melawan macam biasalah. Nanti keluar muncung 14 inci itu.

"Biarlah saya nak ambik. Lagipun seganlah nak pergi rumah awak sorang-sorang."

Sebenarnya hari ini Puan Rose dan Tuan Zainudin menjemput Hawa untuk makan malam bersama.

Dah banyak kali pergi rumah dia pun malu lagi.

"Dah jom." Ajak Irfan.



Selesai meletakkan bagasi dalam bonet kereta, Irfan terus menuju ke bahagian pemandu kereta Honda Civic itu.

"Ehh saya boleh drive. Awak penat, awak jadi penumpang." Ujar Hawa sambil dia mendepakan tangan di hadapan pintu pemandu.

"No. I'll drive." Tegas Irfan. Dia menghalau Hawa dengan jari telunjuknya.

"No. Ni kereta saya. Saya drive." Hawa masih berdegil. Dia kasihankan Irfan yang baru pulang dari penerbangan yang jauh.

"Tepi Hawa." Tegas Irfan lagi. Namun Hawa tidak berganjak.

"Kalau kau tak nak aku dukung kau, baik kau masuk belah sana." Ugut Irfan sambil matanya menjeling ke arah pintu penumpang.

"Ish! Benci betul." Hawa menghentakkan kakinya. Dia berlalu menuju ke bahagian penumpang.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now