BAB 56

4K 182 22
                                    



Waktu makan tengahari sudah tiba. Hawa memicit tulang hidungnya untuk melepaskan rasa penat kerana terlalu fokus tadi.

"Lia.. kita nak makan apa ni?" Soalan biasa bila tiba waktu tengahari.

"Sebelah office ada buka kedai nasi ayam. Kita makan situ laa nak? Tak payah drive."

"Boleh jugak. Aku pun rasa malas nak drive ni." Hawa mengemaskan mejanya yang bersepah.

"Hawa.."

"Apa?" Hawa menoleh pada Dahlia.

"Tuh.." Dahlia mengisyaratkan mata kepada Laila yang tersenyum keluar dari bilik Irfan.

Hawa cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Beberapa saat selepas itu, Irfan keluar dari biliknya dan menuju ke arah Hawa.

"Abang nak keluar lunch ni. Jom sekali?"

"Dengan Laila sekali ke Tuan Irfan?" Tiba-tiba Dahlia menyampuk. Rasa curious.

"Ye. Jom sekali Lia."

Dahlia dan Hawa saling berpandangan.

Hati Hawa sedikit terusik kerana Irfan mahu keluar makan dengan Laila? Kalau dia tak ikut maknanya suami dia akan lunch berdua dengan Laila?

"Boleh Tuan Irfan. Lagipun mesti Tuan Irfan belanja kan?" Balas Dahlia bila Hawa diam.

"Sure. Jom." Irfan menepuk lembut bahu isterinya bila Hawa cuma berdiam diri.

Hawa dan Dahlia mengikut langkah Irfan untuk turun ke bawah.

"You.. kereta kat mana?" Soal Laila apabila melihat Irfan sudah mendekatinya. Namun keningnya berkerut bila melihat dua orang lagi di belakang Irfan.

"Kenapa diorang ada sekali?" Soal Laila lagi tak puas hati.

"Big boss ajak kitorang. Asal?" Dahlia balas dengan sinis. Tengok muka pun tahu si Laila ni nak menggedik.

Hawa menyiku lengan Dahlia supaya menjaga kata katanya. Dahlia cuma berdecit halus.

"Dah jom." Irfan melangkah ke keretanya. Kalau melayan entah jadi drama apa pula kali ni. Dahlia pun boleh tahan mulutnya.

Laila menayangkan muka tidak puas hati namun dia cepat tersedar. Bukan senang mahu pujuk Irfan Danial makan sekali.

Dengan pantas dia mengikut langkah Irfan Danial ke keretanya. Sebelum tangan Laila mencapai pintu hadapan Dahlia menjerit.

"Cik Laila!"

"Apa?" Laila memalingkan wajahnya kepada Dahlia.

"Sini kejap. Eee kenapa baju Cik Laila kat belakang tu?" Dahlia mengisyaratkan Hawa supaya masuk ke dalam kereta bahagian hadapan dahulu.

Hawa mengangguk dan mengenyit mata pada Dahlia. Mana nak cari kawan terbaik macam ni?

Masuk saja ke dalam kereta terus Irfan menggosok kepala isterinya. Nakal betul dua orang ni.

Kalau Laila masuk tadi pun dia akan suruh Laila duduk belakang. Depan ni cuma tempat isterinya.

"Kenapa dengan baju I? Ada apa?" Laila cuba melihat ke belakangnya sambil tangannya menarik baju.

"Oo sorry. Ingat tadi kotor. Rupanya salah tengok. Opps!" Dahlia menekup mulutnya lalu dia membuka pintu bahagian belakang kereta Irfan.

Laila mendengus geram kerana rasa dipermainkan dan hatinya bertambah sakit bila melihat tempat duduk bahagian depan sudah di ambil.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now