"MANA Dahlia adik?" Soal Ariff sekali lagi. Nada suara Ariff berubah bila dia perasan Dahlia tiada dengan adiknya. Tak mungkin?Hawa sudah kehilangan kata. Otaknya blank.
Aduhhh aku ingat tak kantoi.
Ariff cuba untuk bertenang. Hajat di hati mahu buat kejutan untuk Hawa. Tapi terbalik. Dia pula yang terkejut. Dia cuma nampak Hawa bersama seorang lelaki yang mungkin bosnya. Mana Dahlia?
Hawa menarik lengan Ariff. Dia memang tak pandai menipu abang-abangnya.
"Adik boleh explain angah."
Melihat wajah serba salah adiknya, Ariff tidak menunggu lama.
"Angah hantar adik balik KL." Ujar Ariff memberi arahan lalu dia berlalu ke keretanya.
Hawa mengetap bibir. Rasa mahu menangis sebab kantoi. Perlahan-lahan Hawa menuju ke kereta Irfan dan mengetuk cermin pintu kereta itu.
"Kau okay ke ni?" Soal Irfan sejurus dia keluar dari kereta. Wajah Hawa yang muram itu buat Irfan tertanya-tanya.
"Tuan Irfan. Kita nak balik KL je kan?"
"Yes. Why?"
"Saya balik sendiri ye. Saya ada hal peribadi. Boleh tak saya nak ambil luggage saya?" Bagitahu Hawa. Air mata sudah bertakung di mata.
Irfan menarik nafas panjang. Dia melihat ke arah lelaki yang berada dalam kereta Ford Ranger itu.
"Kalau kau tak okay bagitahu aku." Ujar Irfan lagi sambil melihat tepat ke mata Hawa.
Hawa menggeleng kepalanya. "Saya okay je. Saya cuma nak balik sendiri." Jelas Hawa lagi. Dia kelipkan matanya supaya air mata tak jatuh depan Irfan.
"Okay laa. Kalau ada apa-apa, you can just call me." Bimbang jugak kalau Hawa dalam masalah. Sudahlah dia yang bawak Hawa ke Kuantan.
Tiba-tiba kedengaran bunyi hon dari kereta Ariff. Hawa melihat sekilas pada kereta abangnya.
Irfan melihat wajah Hawa yang makin gelisah itu lalu dia menuju ke bonet dan mengeluarkan luggage Hawa.
"Terima kasih Tuan Irfan. Saya mintak maaf ye." Ujar Hawa lagi.
"It's okay. Settle laa dulu masalah kau tu."
Hawa mengangguk lalu menarik luggagenya. Irfan memandang belakang gadis itu dengan perasaan bercampur baur. Dia tak boleh berbuat apa-apa walaupun nampak Hawa macam sedih. Dia memang tak suka campur urusan peribadi orang lain.
Ariff turun dan mengambil luggage adiknya Hawa. Bantal peluk Hawa juga dia tarik kasar dari Hawa sehinggakan badan Hawa tertarik ke depan selangkah.
"Masuk." Arah Ariff sepatah.
Hawa cuma mengikut arahan Ariff. Kalau dilawan memang cari nahas laa jawabnya.
Ariff memandu tanpa ada suara sepatah yang keluar dari mulutnya.
"Ni bukan jalan balik KL ni angah." Ujar Hawa selepas dia perasan Ariff tidak melalui jalan untuk ke KL.
"Balik rumah dulu." Balas Ariff mendatar. Ariff kecewa dengan Hawa yang sudah pandai berbohong. Dia tak sangka Hawa boleh khianati kepercayaan yang dia dan Ashraff bagi.
Hawa memandang Ariff sekilas. Nampak rahang Ariff bergerak gerak tanda menahan marah. Hawa melepaskan keluhan.
*************
Sementara itu Irfan pula bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Apa yang terjadi sebenarnya? Betul ke tu kekasih Hawa? Lelaki itu nampak agak marah dengan Hawa. Adakah sebab Hawa berdua dengannya? Tapi takkan Hawa tidak bagitahu yang mereka ada urusan kerja? Macam-macam persoalan muncul dalam fikirannya.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...