ARIFF dan Ashraff terkejut bila melihat Hawa yang berada di depan pintu utama."Adik..." panggil Ashraff lembut.
"Jawab laa soalan adik. Mak siapa yang along dengan angah cakap ni?" Soal Hawa lagi. Dia sempat mendengar perbualan mereka.
"Adik.. duduk dulu.. along cerita.." Ashraff cuba memujuk Hawa padahal dia sendiri takut untuk bercerita pada Hawa.
"Along.. mak siapa along.." Walaupun Hawa bertanya lagi namun dia boleh mengagak apa yang abang-abangnya bualkan.
Tubuh Hawa melorot ke lantai.
"Bangun adik.." Ariff terus bergegas mendapatkan Hawa. Dia menarik lembut tangan Hawa untuk bantunya berdiri namun Hawa menepis.
"Apa yang along dengan angah cakap tadi?" Soal Hawa lagi dengan nadanya yang sedang menahan sebak sambil melihat wajah Ariff.
Ariff memandang sayu wajah Hawa yang sudah merah itu. Dia memandang Ashraff yang juga tiada kata-kata dengan situasi sekarang.
"Bangun dulu adik. Kita duduk kat kerusi. Angah dengan along cerita.." ujar Ariff lembut.
Hawa melihat tepat pada anak mata Ariff untuk mencari kepastian. Bila melihat Ariff mengangguk, Hawa bangun dengan bantuan Ariff.
"Kejap, along nak panggil kak long.. harini along tak nak kita ada rahsia dalam keluarga kita.." ujar Ashraff pula.
Dia naik ke atas untuk memanggil isteri tercinta. Sofiyya juga tidak mengetahui langsung tentang perkara ini.
Apabila Sofiyya dan Ashraf turun, Ariff memandang wajah Hawa. Dia menggosok lembut bahu Hawa dan senyum kepada Hawa.
Hawa cuma senyum kelat pada Ariff. Hawa tahu Ariff ingin cuba menenangkan perasaan dia sekarang.
Mereka berempat duduk di ruang tamu. Ayyash pula sudah lena setelah minum habis sebotol susu. Sofiyya yang tidak tahu apa-apa duduk di sebelah suaminya.
"Okay memandangkan semua dah ada. First sekali along harap adik sabar dan dengar dulu cerita along. Boleh adik?" Pinta Ashraff sambil memandang Hawa.
Hawa cuma mengangguk pada Ashraff. Entah kenapa Hawa rasa makin berdebar. Dia menggenggam erat tangan Ariff yang berada di sebelahnya. Sofiyya juga berdebar melihat wajah suaminya yang serius itu.
"Adik sebenarnya masih ada mak. Mak kandung.." ujar Ashraff. Dia melihat Hawa yang masih keliru itu.
Hawa menjungkit kening. "Mak? Mak kita dah meninggal kan?"
"Mak adik. Along mintak maaf sebab rahsiakan hal ini dari adik selama ni. Adik masih ada mak. Nama mak adik Hayati." ujar Ashraff dengan tenang.
Mungkin sudah tiba masanya untuk Hawa tahu.
Otak Hawa cuba memproses apa yang Ashraff katakan itu. Selama ini dia cuma kenal maknya yang bernama Siti Farehah. Tapi Hayati?
"Maksud abang adik bukan adik abang? Adik bukan ahli keluarga abang? Angah.. adik bukan adik angah ke?" Hawa sudah sebak.
Ariff menggeleng kepalanya. "No adik. Adik.. adik angah. Adik kami. Adik kandung kami. Walaupun lain ibu.. tapi ayah kita sama. Dulu ayah kahwin dengan Hayati tapi perkahwinan itu tak kekal. Mak adik serahkan adik pada ayah." Arif menidakkan kata-kata Hawa. Mereka tetap adik beradik.
"Apa maksud angah serah?" Hawa semakin keliru.
Ariff memandang Ashraff. Dia tak tahu macam mana mahu bercerita pada Hawa.
"Mak adik.."
"Dia buang adik?" Hawa memotong percakapan Ashraff. Kalau tak buang masakan mak dia masih hidup tapi dia tidak menjaga anaknya.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...