BAB 20

4.2K 186 5
                                    




"Kau kenapa Hawa?" Soal Irfan tak puas hati. Suara dia yang sedikit tinggi buat Hawa terkejut.

"Kenapa apa? Saya cuma nak keluar makan dengan kawan saya." Bidas Hawa lagi. Dadanya sudah naik turun menahan geram.

"Tak boleh." Balas Irfan sepatah. Dia meraup wajahnya untuk bertenang.

"Kenapa tak boleh? Dia kawan saya. Lagipun dia tak ganggu saya bekerja. Dia duduk tak sampai 5 minit pun." Hawa tak puas hati bila Irfan melarangnya. Kenapa tak boleh pula?

"Aku tak suka." Balas Irfan lembut. Dia merenung wajah Hawa yang mendongak memandangnya.

"Kalau Tuan Irfan tak suka pun saya peduli apa?" Namun tiba-tiba Hawa terkedu. Dia mendongak melihat wajah Irfan.

Tak suka? Apa maksud lelaki ni?

"Aku tak suka kau keluar dengan dia. Rapat dengan dia." Tekan Irfan lagi.

"Huh. Saya bukan budak Tuan Irfan." Nampaknya Irfan bukanlah tak suka kerana dia cemburu. Dia cuma tak mahu kalah dengan Farez. Hawa sudah membuat andaian sendiri.

"Hawa..aku err.." Irfan menarik nafas sebelum dia meneruskan kata-kata tetapi terganggu bila telefonnya berbunyi.

Bila nampak nama yang tertera itu, Irfan mengeluh lagi. Irfan memandang Hawa yang masih melihatnya.

"Please Hawa. Jangan keluar berdua dengan Farez." Ujar Irfan sebelum dia masuk ke biliknya untuk menjawab panggilan itu.

Bila Hawa mendengar ayat dari Irfan itu, Hawa makin keliru. Dia mengetap bibir.



Ishh kacau plan aku. Farez sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melihat Hawa berjalan ke arah keretanya.

Namun bukan seorang kerana di sampingnya ada Dahlia.

Farez keluar untuk membuka pintu untuk kedua-dua gadis itu. Farez sememangnya seorang yang gentleman.

Dahlia sudah menyiku Hawa bila melihat layanan dari Farez. Hawa cuma menjeling Dahlia lalu menyapa Farez.

"Sorry lambat. Saya ajak Dahlia takpe kan?" Ujar Hawa sambil tersengih. Depan Irfan tadi bukan main, gaya cakap macam nak lunch date. Padahal Hawa masih lagi belum selesa untuk keluar berdua dengan Farez.

"No problem ladies. Saya tak kisah."

Selesai memesan makanan, Farez meminta diri untuk ke tandas sebentar.

"Hawa, Farez ni pun herlokk aku tengok." Puji Dahlia bila Farez tiada di depan matanya.

Tingginya lebih kurang dengan Irfan, wajahnya mirip seperti pelakon Hun Hakeem namun tidak berlesung pipit.

"Haa kau dah jatuh cinta eh?" Usik Hawa pula. Dahlia pernah bercinta namun sering putus di tengah jalan. Selalu jumpa orang yang salah agaknya.

"Ish mana ada. Daripada Farez ni baik aku ambik angah kau." Dahlia sudah tersengih malu. Terus terbayang wajah Ariff yang sentiasa serius itu.

"Woi. Kau serius laa? Angah aku yang garang tu? Kau suka dia ke?" Hawa terkejut bila mendengar ayat Dahlia tadi. Dahlia tak pernah bercerita pasal ni.

"Garang tu yang memikat. Ala ala bad boy gitu." Balas Dahlia sambil tersengih nakal.

"Berani kau cakap angah aku bad boy?" Hawa sudah mencubit lembut pinggang Dahlia.

"Aku gurau je laa. Kau ni pun." Dahlia mengelak bila Hawa cuba mencubitnya. Dia cuba menyembunyikan perasaannya. Lagipun mungkin dia cuma suka sahaja pada Ariff, bukan cinta.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now