"Aku tak suka dengar radio. Bingit. Susah nak fokus." Balas Irfan. Dia tahu Hawa suka dengar lagu dalam kereta."Takpe laa macam tu." Hawa mengambil sesuatu dari handbagnya. Airpod! Taknak bukak radio sangatkan.
Irfan melihat Hawa kelakuan Hawa namun dia biarkan sahaja. Dia memandu menuju ke tol Gombak.
Keluar dari tol Gombak Irfan mula merasa bosan. Dia memandang Hawa yang asyik mendengar lagu. Sesekali kepalanya diangguk-angguk.
Irfan mula senyum senget. Tangannya membuka radio. Dia kerling sekilas pada Hawa.
Hawa hairan lalu memandang Irfan yang sedang memandu. Aikk?Tadi cakap tak suka dengar radio.
"Aku bosan." Balas Irfan seolah mengerti dengan pandangan Hawa.
"Tuan Irfan nak saya drive ke?"
"Nope." Balas Irfan sepatah.
"Okay."
Bila melihat Hawa masih lagi menggunakan airpodnya Irfan menguatkan lagi suara radio.
Hawa memandang lagi Irfan. Dia mengecilkan matanya. Nak gaduh laa tu.
"Dengar je laa lagu kat radio ni." Kata Irfan lagi.
"Tak best." Tolak Hawa. Radio banyak bercakap dari putar lagu. Dah laa favorite dia Kpop tak pun Hindustan. Baru ranchakkk.
"Pasang je lagu yang kau nak dengar dekat sini." Irfan menunjukkan player keretanya.
Hawa tersengih mengerti. Lalu Hawa buang airpodnya dari telinga. Dia menyambung bluetooth iPhonenya pada player kereta Irfan.
Bila keluar lagu pilihannya di kereta, Hawa terus senyum. Puas hati bila lagunya bergema.
"Perlahan sikit volume tu."
"Kenapa pulak?" Soal Hawa tak puas hati.
"Tak bingit ke dengar kuat-kuat?" Kepalanya dah pening bila dengar lagu yang dia tak faham bahasanya.
Hawa menarik nafas lagi untuk meredakan rasa tidak puas hatinya. Lalu Hawa perlahankan volume.
"puas hati?" Soal Hawa.
Irfan hanya mengangguk sahaja.
"Tuan Irfan. Nanti boleh tak kita singgah RNR? Rasa macam nak ke toilet." Pinta Hawa. Tiba-tiba pulak rasa nak ke toilet.
"Kau ni macam-macam laa. Baru je exit tol Gombak. Dah nak ke toilet." Bebel Irfan. Perempuan memang macam ni ke?
"Alaa berhenti kejap je pun. Tapi kalau tak kisah kereta kena hantar carwash saya okay je." Ugut Hawa pula. Dia dah tak tahan ni.
Mulut tu ada je nak menjawab. Detik Irfan.
"Ye laa. Nanti aku berhenti dekat Genting Sempah tu."
Banyak betul berhenti. Tadi dah singgah rumah. Ni RNR lagi. Perjalanan 3 jam je tapi dah macam sehari.
Sampai di Genting Sempah, Irfan terus mencari parking kosong.
"Kau tahu ke toilet dia kat mana?"
"Tahu. Tu sana tu." Tunjuk Hawa.
Terus Irfan masuk kotak parking. Hawa pula laju keluar dan berlari anak ke tandas.
Irfan mengerutkan kening. "Tak tahan sangat ke? Tak cover langsung." Dia menggeleng kepalanya.
Handphone pun boleh Hawa tinggal. Seumur hidupnya tak pernah jumpa gadis seperti Hawa. Kelakuan dia tak sama langsung dengan gadis yang biasa dia jumpa.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...