BAB 23

3.8K 237 6
                                    



"Good morning Tuan Irfan." Sapa seorang pekerja lelaki.

"Morning." Balas Irfan sambil mengangguk.

Hawa mengangkat muka bila terdengar suara pekerja menyapa Irfan. Dia memandang Irfan yang melangkah menuju ke biliknya.

Bila mata mereka bertembung terus Hawa mengalihkan pandangannya pada skrin komputer di hadapannya. Entah kenapa Hawa merasa malu untuk memandang Irfan.

Namun ada sedikit kecewa apabila melihat Irfan terus melangkah ke biliknya tanpa bicara.

"Kenapa dia tak tegur aku? Aku pun satu. Kenapa tak say good morning tadi. Ish." Hawa memarahi dirinya sendiri. Dia mengerling sekilas pintu bilik Irfan yang tertutup rapat itu.

Hawa melangkah ke pantry untuk membuat kopi untuk Irfan.

"Hawa!" Tiba-tiba suara Dahlia menyergahnya dari belakang.

"Ish kau ni. Memang suka kan kalau aku mati awal?" Marah Hawa. Suka sangat buat orang terkejut.

"Alaa kau ni sampai ke situ pulak. Aku nampak kau duk termenung kat situ, aku usiklah. Buat kopi eh? Nak jugak boleh? Pweasee?" Pinta Dahlia pelat sambil mengerdipkan matanya.

"Tak oleh." Hawa juga balas dalam pelat bila Dahlia buat suara baby itu. Dia menjeling sekilas pada Dahlia.

"Majuk. Tak nak kawan!" Dahlia menyilangkan tangannya tanda merajuk.

"Tak nak kawan sudah. Tak merasalah jadi kakak ipar aku." Balas Hawa pula. Tangannya terus mengambil cawan baru untuk Dahlia. Saja dia mengusik Dahlia.

"Tak baik tau ugut macam tu." Dahlia mencebik namun tangannya menggosok lengan Hawa.

"Nah untuk kau. Bakal kakak ipar tak jadi!" Hawa menghulurkan secawan kopi panas untuk Dahlia.

"Choii mulut kau." Lalu Dahlia dan Hawa terhambur ketawa. Dua orang ni kalau dah berjumpa tak sah kalau tak ketawa.

"Ehh macam mana dengan Tuan Irfan?" Soal Dahlia sambil menghidu bau kopi. Sedapnya bau. Nak minum panas lagi.

"Macam mana apa?" Soalan Dahlia dibalas dengan soalan Hawa. Dia memandang Dahlia.

"Ish kau ni. Kau dah bercakap dengan dia ke belum?"

"Cakap apa?" Hawa balas dengan soalan lagi. Muka Hawa blur.

"Apa ni Hawa? Pasal hati kau laa. Slow laa kau ni." Dahlia sudah geram. Dari tadi soalan dibalas dengan soalan. Memang Hawa ni slow macam ni ke?

"Ni kan waktu kerja. Takkan nak bercakap pasal hati. Ni pun dia baru masuk kerja." Ujar Hawa. Dia menggeleng kepala.

Agak agak lah takkan baru bertemu mata nak suruh aku cakap I love you? Tak pasal pasal kena cop gila nanti. Detik Hawa.

"Betul jugak cakap kau. Apa apa pun Hwaiting beb!" Ujar Dahlia sambil berlalu dari situ. Untung ada orang nak buat kopi harini.

Hawa berada di hadapan pintu bilik Irfan. Dia menarik nafas sebelum mengetuk pintu bilik Irfan. Bila mendengar suara Irfan, Hawa melangkah perlahan dan meletakkan cawan di sisi meja Irfan.

"Kopi Tuan Irfan." Ujar Hawa perlahan. Hawa memandang sekilas wajah Irfan yang serius itu.

"Thanks." Balas Irfan sepatah. Dia tidak memandang Hawa dan matanya ralit meneliti setiap perkataan atas kertas yang dipegangnya.

Hawa masih berdiri dihadapan Irfan. Dia seperti mahu meluahkan sesuatu. Namun tidak terkeluar dari mulutnya.

"Yes? Ada apa?" Soal Irfan bila Hawa tercegat dihadapannya. Dia meletakkan kertas yang dibacanya ke atas meja dan memandang ke arah Hawa.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now