"Boleh?" Tanya Irfan sekali lagi pada Dahlia. Sengaja dia tidak bertanya pada Hawa. Pandang pun tak."Err boleh Tuan Irfan." Jawab Dahlia. Dia membuat muka sorry pada Hawa. Dia tahu Hawa tak sebulu dengan Irfan tapi situasi sekarang ditelan mati mak diluah mati bapak.
"Sit here." Irfan menarik kerusi untuk Amanda.
Amanda sudah membuat muka. Aku nak lunch date dengan dia. Tapi kena makan dengan staf dia pulak. Tak romantik langsung.
"Dah pilih makanan?" Soal Irfan pada mereka berdua.
Soalan Irfan membuatkan Dahlia mengangkat wajahnya namun tidak untuk Hawa. Gadis itu diam. Kaku.
"Dah Tuan Irfan." Balas Dahlia bila melihat Hawa tidak memberi respon. Ha dah mula dah perangai.
"Sayang, I nak salad with salmon ni laa. Tak nak makan heavy." Ujar Amanda dengan manja. Well, bukan senang nak pikat hati Irfan ni.
Hawa terus mencebik bila mendengar kata kata Amanda. Dahlia yang perasan muka Hawa itu terus mencuit tangan Hawa di bawah kerusi dan memberi isyarat mata supaya jaga perangai.
Irfan memanggil waiter. Dia menunjukkan menu pilihannya lalu berpaling pada Hawa.
"Kau nak apa?" Tanya Irfan kepada Hawa yang duduk di sebelahnya.
"Bang, bagi saya butter rice dengan chicken grill ni ye. Kawan saya ni bagi seafood aglio olio. Bagi dua ice water." Kata Hawa pada waiter itu. Dia langsung tidak memandang Irfan.
"Ice water? Diet ke?" Nada Irfan lebih kepada menyindir.
"Eh tak lah Tuan Irfan. Kitorang nak beli coffee kejap lagi. Sebab tu minum ice water je." Laju Dahlia balas bagi pihak Hawa sebelum Hawa menyembur Irfan.
Hawa menjeling Dahlia. Dia tak selesa dengan situasi sekarang. Selepas memesan makanan suasana diam seketika. Mereka bertiga melihat telefon masing masing kecuali Amanda.
"Sayang, bila lagi kita nak ke club? Dah lama tak hang out." Amanda cuba memegang lengan Irfan namun Irfan sempat mengelak. Amanda agak terkejut namun dia cuba mengawal reaksi mukanya. Cis jual mahal ye kau Irfan. Sebelum ni elok je pegang-pegang.
"Sorry, lately I busy. Balik rumah terus tidur. Routine I dah tak macam dulu. Nak ke gym pun tak sempat." Biar Amanda tahu dia tiada masa. Lebih kepada tiada masa untuk melayan perangai mengada-ngada Amanda.
"Oo really. Nanti kalau you ke gym ajak lah I sekali. I rasa I dah gemuk sikit ni." Tangan ditongkat ke dagu sambil memandang tepat pada wajah kacak Irfan. Handsome!
Hawa yang duduk berhadapan dengan Amanda membulatkan mata. Tu diaa. Gemuk?? Badan sekeping macam papan dia kata gemuk? Padan lah Irfan mengata aku ni macam kentang. Teruknya taste bos aku.
Hawa juga teringat kata-kata Irfan semasa meeting tempoh hari yang mengatakan dia tidak mempunya teman wanita. Dasar playboy.
Setelah 15 minit makanan yang dipesan sudah sampai. Hawa melihat makanan Irfan. Tengahari makan beef steak? Tak jantan laa macam ni. Sempat dia mengutuk selera Irfan.
"Kenapa? Kau terliur dengan makanan aku?" Soal Irfan bila perasan Hawa melihat makanannya. Dia pula memandang nasi milik Hawa.
"Takde lah. Siapa nak makan daging tengahari buta macam ni. Tak kenyang." Bidas Hawa. Tangannya terus mengambil sudu dan garpu.
"Ini protein. Masih boleh mengenyangkan Hawa. Tak semestinya nasi je boleh mengenyangkan." Bisik Irfan. Dia sengaja merapatkan badannya ke arah Hawa.
Bauan perfume Irfan menusuk hidung Hawa membuatkan Hawa menjeling ke arah Irfan. Tak selesa.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...