BAB 42

3.4K 175 15
                                    



"HAI korang. Macam dejavu rasanya.. Dulu pun kita pernah terjumpa macam ni kan? Anyway boleh kitorang duduk sini?" Sapa Amanda dengan mesra.

"Boleh.." balas Hawa sambil senyum sekilas. Dia melihat Irfan yang sedang memilih makanannya.

"Kejap ye, I nak ambil makanan kejap." Amanda meletakkan beg tangannya dan terus menuju ke arah Irfan.

"Pelik kan? Cik Amanda tu kalau ikut bukan level dia laa nak makan makanan macam ni.. kenapa pulak boleh ada kat sini?" Soal Dahlia pelik. Sudah lama dia tak nampak Amanda sebenarnya.

"Entahlah. Tiba-tiba dia nak makan kot. Makan cepatlah Lia.. aku malas laa nak duduk lama-lama dengan dia.."

"Oi! Malas apanya, lelaki tu tunang kau tau!" Marah Dahlia. Ada ke patut nak biar tunang makan dengan perempuan lain.

"Alaa tu kan client. Aku tak kisah laa.."

Aku kisah! Aku kisah! Gila kau tak kisah?? Jerit hati Hawa.

Hawa cuma senyum kelat apabila melihat Irfan dan Amanda berjalan beriringan melangkah ke meja mereka.

"Dah lama sampai?" Soal Irfan pada Hawa. Dia mengambil tempat di hadapan Hawa.

"Dah nak habis pun makan." Balas Hawa acuh tak acuh. Pinggannya hampir licin kerana dia makan laju tadi.

Pelayan datang menghantar minuman di meja mereka.

"Eh I belum order air lagi.." ujar Amanda sedikit terkejut.

"I yang order tadi." Balas Irfan sambil mengambil segelas air lalu disedut straw itu.

"Thank you. Ingat lagi ye air favourite I ni." Ujar Amanda pula sambil senyum manis pada Irfan.

Amboi bercakap macam takde orang kat depan eh?Aku tunang si Irfan ni tau!

Tapi memang tak ramai yang tahu mereka sudah bertunang. Di pejabat cuma Dahlia dan Kak Anis, PA Irfan saja yang tahu.

Irfan perasan muka Hawa yang tidak beriak itu dan Hawa langsung tidak memandang ke arahnya.

"Banyak kerja harini?" Soal Irfan pada Hawa yang dari tadi mengelak pandangannya.

"Boleh laa.."

"Habis dah makan? Nak cari dessert tak? Coffee?" Soal Irfan lagi setelah melihat pinggan Hawa yang sudah licin itu. Dia sudah tahu rutin Hawa dan Dahlia yang sering mencari coffee atau dessert selepas makan.

"Tak kot.. nak balik office terus ni.. Lia dah ke? Jom.." Hawa memandang Dahlia yang masih makan itu.

"Err dah dah. Aku dah siap makan ni.." tipu Dahlia apabila dia perasan wajah Hawa yang sudah berubah itu. Nasib tinggal sikit je lagi makanan dia.

"Takpe biar saya bayar nanti. Korang balik laa dulu." Ujar Irfan kepada Dahlia. Hawa sudah memalingkan wajahnya.

Ada yang tak kena laa tu. Detik Irfan sambil melirik ke arah Hawa.

"Terima kasih Tuan Irfan. Bye Cik Amanda." Dahlia menunduk sebelum berlari anak mengikut langkah Hawa.

Amanda juga mengangguk dan meneruskan makan. Dia yang beria mahu makan nasi berlauk hari ini.




"Kita tak nak cari coffee ke? Kot boleh tenangkan hati tu?" Soal Dahlia sambil melihat Hawa yang tenang memandu.

"Kau nak ke? Aku tak rasa nak sekarang.. tapi kalau kau nak boleh je kita berhenti mana-mana.."

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now