BAB 68 END

7.2K 304 54
                                    




HAWA merebahkan dirinya ke atas sofa setelah sampai ke rumahnya. Seronok betul dia harini berjumpa dengan wajah-wajah kesayangan.

Dalam masa yang sama dia rindukan Haji Hassan. Nantilah nak ajak Irfan balik Pekan dan boleh lajak ke Terengganu. Rindu juga pada ibunya walaupun hampir setiap hari Hawa menelefon ibunya.

Irfan melihat isterinya yang duduk di sofa lalu dia duduk bersebelahan isterinya. Dia mengangkat kepala Hawa lalu letakkan diribanya.

Hawa yang terkejut dengan tindakan suaminya terus terkaku. Dia teringat kata-kata suaminya semasa di rumah Ashraff tadi. Sampai sekarang dia tak tahu apa salah dia.

"Sayang tahu sayang buat salah apa?"

Hawa menggeleng. Dia menelan air liurnya bila melihat panahan mata yang begitu tajam dari Irfan. Apalah salah aku ni?

"First. Sayang tak jujur. Sayang tak cakap sayang mengandung walaupun pregnancy test tu tunjuk yang sayang mengandung."

Tiba-tiba badan Hawa mengeras. Sebab itu ke Irfan nak marah? Tapi dia ada sebab tersendiri. Dia takut.

"Second, lepas semua orang tahu sayang mengandung. Sayang duduk jauh dengan abang. Sayang boleh pergi dekat kak long, along, angah tapi abang? You know how much I wanna hold you at that time sayang? Sayang pregnant tau? Anak kita.. Ya Allah abang frust betul tadi tak dapat peluk sayang masa tu jugak." Ujar Irfan.

Walaupun lembut nada Irfan tapi rasa begitu menusuk ke jantung Hawa. Hawa tiba-tiba rasa bersalah. Nak buat macam mana dia terlalu teruja bila jumpa ahli keluarga yang lain.

"Abang.. sorry laa.."

"Takde sorry sorry. Abang tak kira, abang nak denda sayang." Ujar Irfan sedikit tegas.

"Denda apa?"

"Janji dengan abang.. sayang kena ada dengan abang selalu. In case kalau abang pergi kerja make sure sayang sentiasa jawab call abang. And kalau sayang nak ke mana-mana abang hantar."

"Tapi kalau nak pergi rumah mama? Dekat je kan? Hawa boleh drive lagi laa."

Nampaknya Irfan sudah mula perangai seperti Ariff sebelum ini. Overprotective.

"Nope. Jangan ingkar cakap suami. Nak buat abang marah ke?" Irfan mengecilkan matanya.

"Taknakk.." jawab Hawa meleret. Dia bukan apa, dia tak nak menyusahkan Irfan.

"Jangan fikir sayang menyusahkan abang atau apa. Sayang tanggungjawab abang. Tambah-tambah sayang pregnant. Abang kena extra protective dengan sayang."

"Hmmm." Hawa hanya menggumam walaupun dia agak terkejut Irfan seperti boleh membaca isi hatinya.

"No hmm hmm. You have to obey me sayang."

"Okay abang. Hawa dengar cakap abang. And I'm sorry too okay."

"Okay sayang. Now I wanna hug you." Irfan memeluk erat isterinya.

"I love you sayang.." bisik Irfan.

"I love you too abang.."




USIA kandungan Hawa sudah masuk tiga bulan. Patutlah di awal kehamilan Hawa, Irfan selalu tak sihat dan sering mengidam makan lauk kampung.

Rupa-rupanya Irfan yang terkena alahan ibu mengandung manakala Hawa langsung tiada alahan sehingga sekarang.

"Abang.. esok Hawa nak keluar dengan Sue boleh? Sue ajak Hawa teman dia pergi rumah lama dia. Dia cakap dia rindu rumah lama dia."

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now