"HAWA..!" Dahlia memeluk erat tubuh sahabatnya walaupun baru dua tiga hari tidak berjumpa. Hawa turut membalas pelukan Dahlia."Mish you.." ujar Hawa dengan bahasa pelatnya.
"Mish you too bestie.."
Dahlia melepaskan pelukan lalu matanya seperti mencari seseorang.
"Kau cari angah ke? Tadi dia hantar je aku lepas tu dia kena masuk office kejap. Ada urgent call tadi." Jelas Hawa apabila perasan Dahlia melihat kebelakangnya.
"Oo.. jom masuk Hawa.. mak aku dah masak banyak untuk kau ni.." Dahlia cuba untuk menutup perasaannya dan menarik tangan Hawa masuk ke dalam rumah.
"Kau ni macam tahu tahu aku rindu masakan mak kau.." Hawa sudah tergelak lalu dia mengikut langkah Dahlia masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum mak cik. Nek Sah." Sapa Hawa.
"Ni ada buah tangan sikit.. Nek Sah macam mana? Dah okay?" Hawa menarik tangan Nek Sah untuk bersalam.
"Nek Sah dah okay. Cuma tak boleh bangun lagi ni. Esok esok okay laa ni." Balas Nek Sah.
"Duduk Hawa. Mak cik buat air kejap."
"Tak payah susah-susah. Nanti Hawa pergi dapur sendiri. Bukan tak biasa."
Setelah bertemu dan berbual dengan Nek Sah dan mak Dahlia, Hawa menjamu selera di dapur ditemani Dahlia.
Macam biasa, masa untuk bergosip.
"Memang aku terkejut masa tu. Aku terus blank. Rasanya kalau toreh muka aku dengan pisau, memang tak keluar darah." Hawa bercerita tragedi tragis yang berlaku di studio beberapa hari lalu.
"Nasib aku takde kat situ. Kalau aku ada memang aku sound laa budak tu. Berani berani dia nak salahkan kau. Tunang kau kata apa pulak?"
"Lepas tu Irfan datang, aku ingat dia nak marah aku sekali. Aku macam redha je menunggu bom nak meletup sebab memang aku rasa aku yang salah kan.. tapi nasib baik dia back up aku. Rasa macam terharu wehh encik tunang jadi hero."
Hawa siap menepuk lengan Dahlia punyalah bersungguh bercerita.
"Lepas tu si Laila gedik tu kata apa-apa ke?"
"Aku sempat laa nampak muka dia tak puas hati.." Hawa menyambung menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Patut kau bagitahu je semua orang Tuan Irfan tu tunang kau Hawa. Geram pulak aku."
"Aku bukan tak nak bagitahu tapi aku kan kerja satu office dengan dia. Aku bimbang laa. Aku takut orang mengata. Takut orang cakap dia berat sebelah ke apa."
"Dah jodoh kau. Nak buat macam mana. Nanti kau kahwin orang tetap tahu. Orang yang nak mengata tetap akan mengata."
Suasana senyap seketika. Hawa seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan Irfan.
"Aku fikir lepas kahwin aku nak cari kerja kat lain laa." Ujar Hawa perlahan. Sudah dua tiga hari perkara ini bermain di fikirannya.
"Alaaa kenapa? Tak best laa takde kau Hawa. Tapi kau rasa Tuan Irfan nak bagi ke kau kerja kat lain?"
"Entahlah.. aku baru fikir tak bincang lagi dengan dia.."
"Apa-apa pun kau kena berbincang dengan dia. Kau kena utamakan dia tau." Pesan Dahlia.
Bukan boleh kira si Hawa ni, suka buat kepala sendiri.
"Ye bestie. Thank you tolong ingatkan aku. Haa asyik bercerita pasal aku je.. kau macam mana?"
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...