Petang itu Hawa ke rumah Puan Rose atas pelawaan wanita itu. Katanya mahu berbincang soal hari pernikahan Hawa dengan Irfan nanti.Sedang mereka berbincang pasal tema hari pernikahan Umar datang menempel pada Hawa.
"Acu.. main.." Umar menarik-narik tangan Hawa mengajaknya bermain.
"Kejap ye sayang.. acu nak cakap dengan Tok Ma ni.." ujar Hawa sambil mengusap kepala Umar.
Puan Rose pula cuma senyum melihat telatah cucunya itu. Maklumlah sudah lama Umar tidak berjumpa dengan Hawa.
"Kalau yang ini pun okay ma.. tak nak laa nampak fancy sangat.." Hawa menunjuk pada gambar gubahan hantaran di skrin iPad itu.
Hawa sebenarnya tidak kisah sangat pasal ni maklum laa ini semua dari pihak lelaki dia akan terima sahaja namun Puan Rose bertegas juga mahu pandangan Hawa.
"Alaa.. main.." Umar menarik lagi tangan Hawa. Kakinya di hentak hentak ke lantai.
"Sabar kejap ye Umar.. nak habis dah ni.. nanti acu main dengan Umar.." pujuk Hawa lagi.
Kasihan pula pada Umar tapi dia mahu habiskan perbincangan dengan Puan Rose dahulu.
"Main...main..nak main.." rengek Umar lagi dengan suara yang agak kuat ditambah dengan hentakan kaki itu.
"Umar! Behave!" Tiba-tiba Irfan bersuara kuat dari tangga. Dia baru siap menunaikan solat Asar dan terdengar rengekan Umar itu.
"Huwaa!" Umar menangis dengan kuat apabila terkejut dengan jerkahan Irfan.
"Awak.." Tegur Hawa pula apabila Umar sudah menangis. Terus dia menarik Umar dalam pelukannya.
"Shhhh. Jangan nangis.. uncle tak marah pun.. Umar kan good boy.." pujuk Hawa sambil menepuk belakang Umar. Dia sempat menjeling Irfan yang selamba berlalu ke arah dapur.
"Umar..mari kat Tok Ma sayang. Kita makan aiskrim nak?" Pujuk Puan Rose pula.
Dia sudah menutup iPad dan mula fokus pada Umar. Dia faham Umar perlukan perhatian tadi cuma dia juga mahu cepat selesaikan hal pernikahan Hawa dan Irfan.
Umar menggeleng kepalanya dan memeluk erat pada tubuh Hawa. Hawa tersenyum kecil lalu menggeleng pada Puan Rose.
"Takpe ma.. Hawa pujuk dia.." Hawa menyeka air mata Umar dan menepuk lembut belakang Umar.
"Manjakan sangat budak tu.." kata Irfan yang baru keluar dari dapur. Lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Puan Rose.
"Kamu ni Irfan.. kesian dia.. dia bosan sebab tu dia ajak Hawa main.." jelas Puan Rose. Bilalah Irfan nak berlembut dengan Umar.
"Dah orang tu cakap sabar kan.. tak boleh ke sabar sikit?" Suaranya sengaja dikuatkan supaya Umar dengar.
"Awak ni.. dengan budak pun berkira.." ujar Hawa perlahan. Tak mahu bergaduh di depan Puan Rose dan Umar.
Irfan cuma diam tidak melayan kata-kata Hawa itu. Dia tak suka cara keluarganya terlalu manjakan Umar.
Biarlah orang nampak dia sebagai ayah saudara yang kejam asalkan anak saudaranya boleh jadi manusia yang cekal dan tidak berhati tisu.
"Acu rasa macam nak makan aiskrim laa.. Tok Ma cakap Umar ada aiskrim.. acu nak sikit boleh?" Tanya Hawa apabila tangisan Umar sudah tidak kedengaran.
Umar mengangguk dan menarik tangan Hawa menuju ke dapur. Irfan menyembunyikan senyum apabila Hawa dan Umar terkedek-kedek berjalan ke dapur. Dia agak kagum dengan Hawa yang pandai melayan budak.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...