BAB 13

4.1K 184 0
                                    





Hawa melangkah masuk ke dalam bilik wad Ariff. Dia mengambil tempat di sebelah Ariff.

"Adik tak bagitahu lagi along kenapa bos adik ada sekali." Tiba-tiba Ashraff bersuara. Agak terkejut bila adiknya tiba-tiba keluar tadi.

"Err along. Adik..hurmm.." Hawa mengetap bibir. Bimbang kalau Ashraff akan memarahinya lagi.
Hawa menunduk memikirkan jawapan untuk soalan Ashraff.

"Bos adik hantar?" Teka Ashraff. Kalau tak, takkan Hawa boleh sampai sini dengan pantas.

Hawa mengangguk. Dia mendongak memandang wajah Ashraff. Sebelum bersuara dia menarik nafas panjang.

"Along. Sebenarnya tadi adik keluar makan dengan Dahlia. Sekali dengan bos adik. Masa along call tu kitorang baru sampai cafe. Jadi dia offer untuk hantar adik." Jelas Hawa. Dia tak mahu berselindung dengan Ashraff.

Ashraff mendekati Hawa. Dia mengusap lembut bahu Hawa. Dia faham Hawa rasa terkongkong dengan adanya dia dan Ariff.  Tapi percayalah adik, ini semua untuk kebaikan adik.

"Adik. Along mintak maaf dekat adik. Kalau sebab along dengan angah, adik rasa tak bebas." Luah Ashraff. Dia sudah berfikir semalaman, mungkin betul kata Sofiyya. Hawa sudah besar. Dia mahukan kebebasan.

"Along jangan cakap macam tu. Adik cuma terlanjur ikut perasaan haritu. Adik mintak maaf along." Hawa sudah berkaca matanya. Dia mencapai tangan Ashraff dan menciumnya berkali kali. Kenapa aku tergamak lukakan hati orang orang yang sayangkan aku?

"Shhh. Jangan nangis. Tak comel laa adik along nangis macam ni. Adik takde salah pun." Pujuk Ashraff. Hati mana tak sedih bila adik kesayangan menangis. Dia mengusap bahu adiknya.

"Dah dah. Kita tunggu angah bangun ye." Pujuk  Ashraff lagi. Dia ternampak beg plastik yang Hawa bawa masuk tadi.

"Apa tu dik?"

"Err tadi bos adik beli tapi adik tak sempat makan." Kata Hawa lalu menyeka air matanya.

"Adik tak makan lagi ke ni? Along beli makanan nak?"

Hawa menggeleng. Dia cuba senyum memandang Ashraff.

"Ni makanan dah ada ni. Adik makan yang ni je laa nanti. Lagipun adik tak selera selagi angah tak bangun." Kata Hawa sambil memandang Ariff. Lena betul angah tidur.

Ashraff mengambil tempat di sebelah kanan Ariff manakala Hawa di sebelah kiri Ariff.

"Adik ingat tak dulu..masa along sibuk exam. Along tak sempat nak luangkan masa dengan adik? Lepas tu adik merajuk dengan along." Tiba-tiba Ashraff membuka cerita lama.

"Ingat lah. Adik ajak pergi taman masa tu along sibuk. Nasib baik ada angah, angah bawak adik naik motor pergi taman tu." Cebik Hawa. Teringat dia menangis seharian kerana Ashraff menolak permintaannya untuk ke taman.

"Angah curi-curi naik motor atuk kan? Dia mana ada lesen lagi masa tu." Sambung Ashraff pula.

"Aah laa along. Adik ingat lagi, angah suruh adik senyap ikut dia. Sampai luar pagar baru angah start motor." Kata Hawa. Dia ketawa kecil teringat zaman tu. Rindu betul!

"Adik.. angah dari kecik berkorban untuk kita. Masa along further study dulu, sebenarnya angah dapat pergi Jepun tau. Tapi dia tak nak tinggal adik sorang sorang masa tu. Dia rela tolak tawaran tu." Ashraff membuka rahsia yang selama ini dia pegang. Dia cuma mahu bercerita kebaikan Ariff yang Hawa tak tahu.

Hawa terkejut mendengar cerita itu. Ini kali pertama dia dengar cerita ni. Sungguh dia tak sangka. Dia memandang Ariff yang sedang lena. Ya Allah apa angah buat ni. Kenapa sampai macam tu sekali?

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now