BAB 31

3.8K 179 7
                                    




Malam itu Ariff memandu pulang ke Pekan. Sempat dia berpesan kepada Hawa dan Dahlia kalau nak apa apa, bagitahu dia.

"Lia, esok pagi nak tak kita breakfast dekat area sekolah kita dulu. Alaa apa nama warung tu? Aku lupa laa." Hawa sudah memusingkan badannya ke belakang.

"Warung Pak Lah tu ke? Yang ada banyak kuih muih tu?" Dahlia pula sudah mengengsot ke bahagia tengah.

"Haa kedai tu. Jom laa Lia. Lama dah aku tak makan situ." Ajak Hawa lagi. Matanya dikerdipkan pada Dahlia.

"Tapi kalau nenek aku dah masak, mesti dia suruh breakfast kat rumah je." Balas Dahlia pula. Dia melentokkan kepalanya ke arah kerusi pemandu.

Ariff pula terkedu bila dengar suara Dahlia begitu dekat dengan telinganya.




Mereka sampai ke Pekan lebih kurang pukul 12.30 malam. Dahlia memutuskan untuk pulang terus ke rumah neneknya kerana neneknya masih menunggu.

Sampai depan rumah neneknya Dahlia turun dari kereta. Hawa pula sudah tidur lena. Baru Ariff nak kejutkan Hawa, Dahlia menegah.

"Biarlah dia tidur abang Ariff. Esok jumpa lagi dia ni." Perlahan suara Dahlia tidak mahu mengganggu tidur Hawa. Lalu Dahlia turun dari kereta Ariff.

Ariff mengeluarkan bagasi Dahlia dari bonet kereta.

"Terima kasih abang Ariff." Ucap Dahlia seraya senyum pada jejaka itu. Tak sangka pula rasanya balik kampung dengan Ariff. Ehemm sekali dengan Hawa.

"Hmm. Masuklah dulu."

"Eh takpe. Abang Ariff pergi je laa. Nenek ada je tu." Ujar Dahlia pula. Rumah neneknya masih cerah menandakan neneknya masih belum tidur.

"Masuk." Ariff menunduk sedikit memandang wajah gadis itu. Nampak mata kuyu Dahlia. Mengantuk agaknya.

Dahlia menelan air liur bila dengar suara Ariff yang mendatar. Dia mengangguk lalu mengambil bagasinya. Sebelum kena jerkah baik aku blahh. Nenek.. Lia takut!

Ariff menunggu Dahlia sehingga dia masuk ke dalam rumah. Setelah itu baru dia memandu pulang ke rumah Haji Hassan.

Dahlia sempat mengintai dari pintu tingkap rumah neneknya. Perlu ke teruskan suka abang Ariff ni?




Keesokan paginya Hawa bangun agak lambat dari biasa. Maklumlah tengah datang bulan. Dia mencapai handphone miliknya setelah dia keluar dari bilik air.

Terkejut melihat ada 5 missed calls dan beberapa mesej dari Irfan. Dengan pantas dia membuka mesej itu.

Irfan

dah sampai? 11.30pm
dah tidur ke? 12.30 am
goodnight Hawa. 1.00 am
Morning. Dah bangun? 6.20 am
kau marah aku lagi ke? 8.00 am

Hawa tersenyum melihat semua mesej Irfan.

"Alaa sejak bila jadi romantik ni? Suka buat kita cair tau.. Eh boyfriend kita memang romantik pun. Hmm.. Kesian pulak dia mesti tidur lewat semalam." Hawa bercakap sendirian.

"Call je laa." Gumam Hawa sambil mendail nombor Irfan.

"Morning.." ucap Hawa setelah Irfan menjawab panggilannya.

"Assalamualaikum."

"Err waalaikumussalam.." Hawa mengetuk dahinya kerana tidak memberi salam terlebih dahulu.

"Baru bangun ke?" Soal Irfan. Dari semalam dia menunggu Hawa.

"Dah setengah jam dah. Sorry semalam saya tak perasan sebab ngantuk sangat. Harini pulak bangun lewat." Balas Hawa. Dia mengambil plushy kentang hadiah dari Irfan dan menepuk-nepuk patung itu. Dah jadi bantal busuk Hawa tu.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now