BAB 26

3.7K 211 3
                                    



Dua minggu sudah berlalu. Tengahari itu Irfan mengajak Hawa makan tengahari bersama.

"Awak ni selalu makan tak habis." Tegur Hawa pada Irfan bila melihat sisa makanan yang masih banyak dalam pinggan Irfan.

Saya awak itu panggilan yang Hawa gunakan untuk Irfan. Hampir bergaduh juga kerana Hawa tidak selesa memanggil lelaki itu dengan nama memandangkan Irfan lagi tua padanya dan dia juga merupakan majikan Hawa.

Tuan Irfan pula akan digunakan apabila berada di pejabat. Tiga hari Irfan tidak bertegur sapa dengan Hawa kerana memanggilnya Tuan Irfan. Sudah mula perangai degil Hawa. Namun kelamaan Irfan juga yang mengalah.

"Aku tak sedap perut. Masuk angin kot." Ujar Irfan. Semalam dia tidur lewat meneliti dokumen untuk pembukaan cawangan di Indonesia.

"Tak sedap perut? Kita pergi klinik jom?" Hawa memandang wajah Irfan di hadapannya.

Betul nampak sedikit pucat. Tadi tak perasan kerana Hawa lebih fokus pada makanan. Hawa dan makanan berpisah tiada.

"Kejap lagi okaylah ni. Kalau dah siap jom balik office." Irfan sudah merasakan tidak selesa dalam perutnya. Terasa begitu mencucuk.

Hawa mengangguk dan bangun mengikuti langkah Irfan ke luar. Sampai dekat kereta Irfan tiba-tiba berlari ke arah longkang dan mengeluarkan segala isi perutnya.

Hawa yang terkejut mendekati Irfan. Dia menepuk-nepuk belakang Irfan yang kelihatan sangat terseksa itu. Tindakan refleksi dalam keadaan Hawa tidak sedar.

"Awak okay tak ni? Jomlah ke klinik." Hawa sudah cemas.

Irfan berpaling pada Hawa setelah dia selesai. Tiba-tiba senyuman nakal terbit di bibir lelaki itu.

"Apa? Senyum-senyum pulak? Hilang dah rasa loya tu?" Soal Hawa. Bimbang pulak aku dengan mamat ni.

"Kau sedar tak Hawa?"

"Apa?" Hawa menaikkan keningnya.

"Kau gosok belakang aku tadi?" Irfan tersengih nakal. Tak sangka tangan kecil itu tiba-tiba berada di belakangnya tadi.

Hawa yang tersedar mengutuk dirinya. Allah boleh pulak aku tepuk belakang dia.

"Saya tepuk. Tepuk! Bukan gosok. Ayat tu baik-baik sikit eh. Saya tak perasan tadi." Ujar Hawa sedikit keras sambil menunjukkan tangannya. Muka sudah berbahang kerana malu dengan Irfan.

"Risau jugak kau dekat aku." Ujar Irfan sambil melintasi Hawa menuju ke keretanya.

Gila tak risau. Bakal shuben kita tau. Detik Hawa sambil mencebik bibir. Sempat dia beristighfar atas perbuatannya tadi.

Hawa melihat Irfan melangkah ke kereta. Kasihan pulak melihat Irfan yang tidak sihat itu. Dia berlari anak ke kereta Volkswagen lelaki itu.

"Tak payah drive laa. Biar saya drive awak duduk sebelah." Ujar Hawa sambil mendekati pintu pemandu.

"Aku larat lagi laa Hawa."

"No no no." Paksa Hawa lagi. Tangannya ingin membuka pintu pemandu.

"Hawa.." panggil Irfan perlahan. Dia mengeluh bila dipaksa oleh Hawa. Dia masih larat setakat memandu itu. Bukan berlari pun.

"Duk sana." Hawa menjuihkan bibirnya ke arah tenpat duduk penumpang.

"Nasib aku sayang kau." Perlahan suara Irfan namun masih kedengaran di telinga Hawa. Lalu Irfan menuju ke tempat penumpang.

Aww. Jangan sweet sangatlah. Penuh rama rama dalam perut ni ha. Hawa menggosok perutnya lalu dia menggeleng kepala. Dia masuk ke dalam kereta sebelah pemandu.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now