KELUAR dari rumah Tengku Elhan, Hawa terus menarik lengan suaminya."Abang."
"Apa dia sayang?"
"Tengku Elhan ni siapa?"
"Laa kawan abang laa."
"Ye laa kawan abang. Tapi dia tu siapa? Kenapa nampak macam.." Hawa teragak-agak untuk menyambung.
"Macam apa?" Irfan mengecilkan matanya.
"Mafia?"
Meletus ketawa Irfan. Tak sangka sampai ke situ Hawa fikir.
"Ish abang ni. Perlahan laa sikit. Nanti orang tu dengar kan." Hawa menjeling pada pengawal yang berada tidak jauh dari mereka.
Semua ada pistol kot. Hawa nampak tau.
"Takde laa sayang. Tak baik tuduh dia mafia."
"Habis tu takkan gangster? Takut laa Hawa. Aura dia tu semacam." Hawa menggigilkan badannya.
Susuk badan Tengku Elhan lebih kurang dengan Irfan tetapi aura Tengku Elhan boleh buat orang ketakutan bila memandangnya.
"Dia orang macam kita je sayang. Cuma mungkin lebih sikit sebab dia orang berpangkat." Jelas Irfan. Dia kembali melangkah ke keretanya.
"Oo.. dia single ke abang?"
"Amboi. Melebih nampak." Irfan sudah berhenti dan berpaling semula pada isterinya.
Tahulah Tengku Elhan tu handsome.
"Tanya jee. Curious. Sebab tak nampak macam ada isteri pun." Sepanjang dia berada dalam rumah tu, tiada tanda-tanda Tengku Elhan sudah mempunyai isteri.
"Single but not available. Dia sedang menunggu seseorang." Irfan senyum sekilas. Dia tahu kisah tentang Tengku Elhan.
"Dia tunggu siapa?"
"Sayang.. dah. Masuk kereta. Nanti nanti sayang tahu laa." Irfan menolak lembut isterinya masuk ke dalam kereta lalu dia menutup pintu kereta.
"Ish tanya je pun. Agak-agak siapa laa yang Tengku Elhan tu tunggu." Gumam Hawa.
Rasa ingin tahu membuak-buak. Terjebak perangai Dahlia agaknya.
DAHLIA mencuit Hawa yang sedang ralit menaip laporan. Dia ingin mengajak Hawa mencari baju untuk malam gala nanti sambil mahu bercerita pasal lamaran Ariff.
"Hawa.."
"Ye Lia." Hawa membalas tanpa melihat Dahlia. Matanya fokus kepada skrin komputer di hadapannya. Tiba-tiba sahaja ketuanya mahu dia hantar laporan hari ini.
"Pandang laa sini kejap bestie."
"Alaa cakap laa. Aku sibuk ni. Nanti tak siap, mengamuk pulak singa tu."
"Kejap jeeee. Please."
"Ye Dahlia bestie. Nak apa?" Hawa berhenti menaip dan memandang ke arah Dahlia. Nasib baik sayang.
"Hurmm petang ni lepas balik kerja kau teman aku cari baju malam gala tu? Aku nak cari dress laa." Dahlia menekan-nekan bahu Hawa dengan jari telunjuknya.
"Ya Allah. Aku lupa aku pun takde baju lagi Lia." Hawa menepuk dahinya. Malam gala akan berlangsung lusa. Dia langsung tidak berbincang dengan Irfan tentang pakaian malam tu.
"Kau bini CEO. Mesti laa laki kau dah tempah siap siap."
"Ye ke? Entah-entah dia pun lupa Lia. Tapi nak pergi petang ni ke? Aku kena tanya Irfan dulu."
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...