Dahlia merenung ke arah skrin telefonnya yang sudah gelap. Suara Hawa tadi seakan sebak. Sebab dia sakit ke? Tapi kenapa Hawa macam tergesa-gesa matikan talian tadi?Dahlia kenal dengan Hawa. Mesti ada sesuatu yang terjadi pada Hawa. Dia perasan yang Irfan juga tidak masuk ke pejabat hari ini.
Mungkin kerana semalam Irfan outstation, jadi Irfan masuk lambat ataupun cuti?
Baru sahaja mahu memulakan kerja, telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
Ariff
Lunch? Dengan Hawa sekali.Dahlia
Hawa MC. Demam.Ariff mengerutkan dahi dengan balasan Dahlia itu. Adiknya demam? Terbit rasa risau di hatinya. Nantilah dia telefon Hawa.
Ariff
Takpe. Nanti abang ambik Lia.Dahlia mengerutkan dahi. Belum apa-apa lagi Ariff dah bagi kata putus? Lunch berdua ke?
Sebenarnya sudah seminggu mereka tidak bertemu, jadi Dahlia agak segan untuk berjumpa dengan Ariff. Tanpa Hawa pula tu.
Sudahlah dia masih belum menjawab lamaran Ariff minggu lepas.
Dulu masa Ariff tak nak, dia yang sedih. Sekarang bila Ariff mahukan dia, dia pula yang teragak-agak. Payah betul jadi perempuan ni kan?
Tapi dia mahu marah juga pada Ariff. Seminggu ni Ariff langsung tidak menghubunginya. Dahlia sudah mula fikir yang bukan-bukan.
HAWA yang sudah bosan berehat di dalam bilik menghela nafas berat. Kalau turun ke bawah, pasti suaminya ada.
Dia melihat jam baru pukul 9 pagi. Akhirnya dia bangun dan masuk ke kamar mandi. Selesai membersihkan diri, Hawa melihat wajah pucatnya di cermin.
"Dah macam orang mati laki aku ni." Gumam Hawa perlahan.
Dia kasihan Irfan sebenarnya, sudahlah suaminya itu diperangkap. Dia pula melayan suaminya acuh tak acuh.
Tapi masih ada rasa marah dan geram di hatinya. Baginya tetap ada salah Irfan kerana membuka ruang untuk Laila mendekatinya.
Hawa mengikat rambut tinggi sebelum mencalit sedikit lipbalm di bibir pucatnya. Puas hati dengan penampilannya, Hawa turun ke bawah. Tidur lama boleh buatkan badannya makin lemah.
"Kenapa Hawa turun ni? Kenapa tak berehat kat atas?" Tegur Puan Rose pada menantunya.
Wajah Hawa kelihatan lebih baik dari semalam walaupun ada kesan sembab di mata itu.
"Hawa bosan laa ma. Dah puas tidur." Hawa mengukirnya senyuman untuk ibu mertuanya. Matanya meliar mencari seseorang.
"Cari Irfan ke? Dia keluar kejap."
"Keluar? Dia tak bagitahu Hawa pun." Ujar Hawa sedikit sedih. Ke dia yang tak perasan tadi?
Puan Rose cuma senyum melihat wajah sedih Hawa. Baru kena tinggal kejap, dah monyok.
"Irfan keluar kejap je. Nanti balik laa tu. Hawa lapar tak? Irfan cakap tadi Hawa makan sikit je."
"Lapar. Heee." Hawa menayangkan gigi putihnya. Sebenarnya tujuan utama dia turun sebab dia lapar. Takkan laa dia nak panggil Irfan semata-mata mahu bagitahu dia lapar.
"Jom. Bubur Irfan buat ada lagi. Bihun goreng pun ada mama masak tadi." Puan Rose menarik lembut lengan Hawa.
Mata Hawa membulat. Sedapnya bihun goreng mama! Baginya bihun goreng Puan Rose adalah antara yang paling sedap dia pernah makan. Laju kakinya melangkah mengikut Puan Rose ke dapur.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...