IRFAN pulang ke rumah setelah selesai mengambil rakaman CCTV dari mall tersebut. Sepanjang perjalanan pulang dia tak henti menyalahkan diri sendiri kerana cemburu buta tadi.Dia tidak boleh bayangkan isterinya dalam kesedihan sekarang tambah pula isterinya tadi sakit kaki.
Irfan semakin risau apabila dia pulang ke rumah, rumahnya kosong.
Isterinya tiada.
Baru dia terfikir, handbag isterinya diragut. Pastilj kunci rumah pun tiada. Betapa bodohnya dia.
"Bodohlah kau Irfan. Apa yang kau dah buat ni?" Gumam Irfan sambil tangannya meraup kasar wajahnya.
Tanpa berlengah dia terus pulang ke rumah ibu bapanya, mana tahu Hawa pulang ke sana.
Namun sekali lagi hampa bila isterinya tiada. Mujurlah Puan Rose tidak bertanya panjang. Kalau tidak, mungkin dia akan dimarahi lagi.
IRFAN buntu. Kalau boleh dia tidak mahu Ashraff atau Ariff tahu masalah tentang rumahtangga mereka. Dia sudah berjanji akan jaga Hawa sepertimana Hawa dijaga keluarganya namun tengoklah apa yang terjadi.
Irfan cuba menghubungi Imran tetapi tak dapat. Mungkin kehabisan bateri. Dia cuba membuang tanggapan buruk terhadap Imran. Setelah beberapa kali gagal, Irfan cuba menghubungi Dahlia pula.
"Ye Tuan Irfan."
"Maaf Lia saya ganggu awak masa ni. Isteri saya ada dekat sana ke?"
"Hawa? Tak ada. Petang tadi last jumpa dekat mall. Saya hairan jugak sebab mesej saya tak berbalas. Kenapa Hawa tak balik lagi ke?" Dahlia sudah mula risau. Kenapa Irfan call dia untuk cari Hawa? Hawa ke mana?
"Takpe Lia. Saya cuba cari dia. Tapi kalau dia ada contact awak, tolong bagitahu saya ye." Sekali lagi Irfan hampa.
"Kenapa dengan Hawa? Tadi last saya jumpa dia dekat mall. Kitorang berpisah dekat parking lot."
"Hmm. Handbag dia kena ragut tadi. Then.. panjang ceritanya. Saya kena cari Hawa dulu."
"Allah. Baik Tuan Irfan, nanti kalau Hawa contact saya, saya bagitahu."
Selepas mendapat panggilan Irfan, Dahlia risaukan keselamatan Hawa. Dia cuba juga menelefon Hawa namun tidak berangkat.
Perlu ke dia bagitahu Ariff? Nanti Ariff risau pula. Dahlia berbelah bahagi.
Setelah menimbang tara, akhirnya Dahlia menelefon Ariff. Keselamatan Hawa lagi penting sekarang.
"Hello Assalamualaikum." Kedengaran suara Ariff menjawab salam.
"Waalaikumussalam abang Ariff. Lia nak tanya ni."
"Apa dia?"
"Tadi Irfan call Lia, dia tanya mana Hawa."
"Okay.. then?"
"Err.. Irfan cakap Hawa kena ragut." Dahlia menggigit bibir. Dia takut Irfan tak mahu Ariff masuk campur namun dia bimbangkan Hawa. Mana tahu Ariff tahu Hawa dekat mana.
"Ragut? Hawa macam mana?" Suara Ariff sedikit cemas.
"Tak tahu. Sebab Lia pelik, Irfan call Lia cari Hawa. Lia call Hawa tak dapat. Tapi dari suara Irfan tadi macam something bad happened. Kalau tak, takkan Irfan cari Hawa dengan Lia kan?"
"Takpe. Nanti abang tengok location dia. Abang patah balik KL."
"Patah balik? Abang ada kat mana?"
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...