Selesai makan Hawa mengajak Suraya untuk jalan-jalan cuci mata. Terlupa seketika dengan dua jejaka di hadapannya itu."Alaa jom laa Sue. Kita tengok-tengok je cuci mata." Pelawa Hawa sambil memegang tangan Suraya.
Suraya pula serba salah melihat wajah Irfan yang agak tegang itu. Dia kenal perangai Irfan, Irfan Danial boleh menjadi seorang yang possessive dengan orang atau benda yang dia sayang.
"Sue dah penat ni. Sue keluar dari pagi lagi. Ni pun nak balik berehat." Tolak Suraya dengan lembut. Dia cuba senyum supaya Hawa tidak terasa hati dengannya.
"Sue datang dengan apa tadi? Kitorang hantar nak?" Hawa juga tidak mahu mendesak Suraya kerana dia tahu keadaan kesihatan Suraya.
"Sue datang naik grab. Tak payah hantar lagipun dekat je sini dengan rumah Sue. Grab pun banyak."
"Tak payah. Biar Farez je hantar Sue."
Farez segera mencelah selepas dia nampak peluang. Kena bijak gunakan peluang yang ada.
"Aah Sue. Hawa pun bimbang Sue sorang-sorang naik Grab. Berteman takpe laa jugak. Biarlah Farez hantar." Hawa menjeling Farez sekilas menghantar isyarat.
"Aah kebetulan Farez lalu area rumah Sue nanti." Tambah Farez lagi memahami isyarat Hawa itu.
"Baiklah.. Sue balik dengan Farez.." ujar Suraya perlahan selepas melihat kesungguhan mereka berdua. Malas nak panjangkan isu ni lagipun dia sangat penat sekarang.
"Okaylah Hawa.. saya balik dulu ye.. bro, jumpa lagi. Boleh sambung dating tu.." kata Farez dengan kenyitan mata pada Irfan.
Dia menepuk bahu sepupunya itu mesra. Memang mereka berdua suka bergaduh berperang mulut tapi biasalah lelaki memang bergurau kasar kan?
"Dah. Blahh cepat.." Irfan menolah tubuh Farez supaya jauh darinya. Kacau daun je.
Farez cuma ketawa kecil dengan muka meluat Irfan itu.
"Jom Sue. Diorang tak sabar nak dating dulu. Terima kasih belanja bro."
Irfan tidak endahkan Farez. Bila laa diorang nak balik ni? Nak dating pun tak senang laa.
"Thank you Hawa. Thank you sangat sangat.. Jumpa lagi." Ucap Suraya ikhlas sambil memeluk bahu Hawa.
"Eh kejap Sue.." Hawa mencari sesuatu di dalam beg tangannya dan hulurkan pada Suraya.
"Ni majlis rumah Hawa. Datang laa dengan Farez. Sue nak datang awal pun takpe boleh tidur rumah Hawa."
Suraya menayangkan senyum dengan jemputan dari Hawa dan mengambil kad jemputan kahwin dari Hawa itu.
"InsyaAllah Hawa.. nanti Sue contact Hawa.."
Hawa cuma melihat Suraya yang sudah melangkah pergi itu. Kuatnya seorang Suraya.
"Dah?"
"Dah.." Hawa menghadiahkan senyuman pada Irfan. Ye laa, Irfan sanggup ikut kerenah dia mengajak Suraya makan hari ini. Dahlah Irfan yang belanja.
"Seronok?"
"Seronok? Maksud awak?" Hawa tidak faham dengan soalan Irfan namun wajah Irfan agak tegang sekarang.
"Seronok jumpa Farez?"
Hawa menepuk dahi dengan soalan Irfan. Kenapa pula Irfan ni? Tiba-tiba je?
"Laa kenapa awak cakap macam tu? Saya tak ajak pun Farez tu, saya ajak Suraya je kan?" Bidas Hawa membela dirinya.
Betullah Hawa cuma ajak Suraya dan langsung tak sangka ada Farez. Takkan dia nak halau pulak?
"Dah tu.. bukan main mesra cakap dengan Farez. Siap ketawa lagi." Sindir Irfan pada Hawa. Bukan dia tak nampak Hawa beri isyarat mata pada Farez tadi.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...