BAB 64

4K 201 6
                                    



KEESOKAN paginya Hawa bersiap awal untuk menemani Umar ke hari sukan sekolahnya. Irfan pula harus ke pejabat terlebih dahulu baru akan ke sekolah Umar.

"Takpe ke mama tak ikut ni?" Soal Puan Rose pada Hawa.

"Takpe ma. Irfan cakap dia nak datang nanti. Takut mama tak larat pula lama lama dekat sekolah tu." Ujar Hawa yang sedang mengikat tali kasut Umar itu.

"Yeah. Handsome boy. You're good to go. Cepat salam tokma."

"Hati-hati ye Hawa. Umar ikut cakap acu tau." Pesan Puan Rose pada Umar. Tapi dia tahu Umar tak banyak meragam kalau dengan Hawa.

"Baik tokma." Umar tersengih-sengih.

"Dah jom." Hawa memimpin tangan Umar lalu menuju ke kereta yang sudah ditunggu pemandu Puan Rose itu.

Sampai di sekolah Umar, Hawa disapa mesra oleh guru Umar.

"Puan ni, acu Umar ke?" Sapa guru muda itu.

"Aah ye. Saya Hawa. Macam mana tahu saya acu Umar?" Hawa melemparkan senyuman manis pada guru itu. Sebelah tangan masih lagi memegang tangan Umar.

"Umar ni selalu cerita pasal acu dia, uncle dia.."

"Oo jadi teacher tahu laa pasal tu?" Hawa maksudkan pasal kemalangan maut ibu bapa Umar.

"Semua dekat sini tahu.. cuma masa hari yang kami bagitahu students suruh ajak parents datang, ada teacher baru. Dia tak tahu pasal ni. Jadi Umar agak moody laa hari tu."

Hawa mengusap kepala Umar. Umar hanya tersengih. Mungkin dia tak faham.

"Takpe teacher. Benda dah lepas kan."

"Ni Puan Hawa datang seorang ke? Biasa ada uncle Farez dia."

"Oo uncle Farez dia busy, suami saya mungkin datang kejap lagi."

"Jemput masuk dulu ye Puan, dalam ada tempat pendaftaran." Guru itu menunjukkan arah kaunter pendaftaran.

Hawa mengangguk lalu menarik tangan Umar. Di kaunter pendaftaran, ibu bapa serta anak diberikan stiker yang sama. Seronok Umar dapat stiker haiwan kegemarannya. Lion.

Hawa cuba menelefon Irfan namun tidak berjawab. Mesej pun tidak dibalas. Hawa mengeluh, dia juga rasa serba salah mahu menganggu kerja suaminya.

Tetapi bila melihat Umar yang asyik melihat kawan-kawannya bersama ibu bapa, dia rasa kasihan. Macam mana ni?

Permainan pertama dimulakan dengan acara ringan dahulu. Lari sambil membawa bola pingpong dalam sudu. Umar juga turut menyertai acara ini.

"Acu.." panggil Umar. Nampak riak gelisah di wajah Umar. Mungkin gugup untuk bermain.

"Kenapa sayang? Acu ada kat sini. Nanti acu sorak untuk Umar ye." Hawa mengusap pipi Umar.

Umar mengangguk sambil senyum. Dia berlari ke arah kawan-kawannya manakala Hawa bersedia di barisan tepi untuk beri semangat pada Umar. Ada 4 barisan semuanya, Umar berada di pasukan kuning.

Wisel ditiup menandakan permainan bermula. Hawa menunjukkan gaya fighting pada Umar. Suasana gamat dengan sorakan ibu bapa untuk anak anak mereka. Bila tiba giliran Umar, Hawa juga bersorak dengan kuat.

"Umar! Go Umar! Go Umar! Umar!" Sorak Hawa sambil sebelah tangannya merekod Umar. Terkedek kedek Umar berlari sambil sudu berada di mulutnya.

Tiba-tiba bola pingpong jatuh dari sudunya.

"Umar! Ambil bola tu cepat." Hawa menjerit. Umar yang melihat ke arah Hawa mengangguk dan mengambil bola pingpong itu lalu diletak ke dalam sudu dimulutnya. Dia meneruskan lariannya.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now