Hawa meletakkan beg tangannya di meja sebelum dia melangkah masuk ke bilik Irfan."Masuk."
"Ada apa Tuan Irfan?" Sengaja Hawa menekan perkataan Tuan pada Irfan.
"Oo Tuan Irfan yee.." Irfan mengecilkan matanya.
"buatkan aku kopi." Selamba Irfan mengarah Hawa lalu dia membuka fail di depannya. Buat-buat sibuk."Alaa Kak Anis ada kan?" Hawa menolak. Bukan kerjanya buat kopi untuk lelaki itu.
"Aku nak kau buat. Siapa suruh pandai-pandai lari buat orang risau.." Irfan menyandarkan badannya pada kerusi dan memandang pada Hawa.
Ha kan aku dah cakap dia nak kenakan aku. Kata Hawa dalam hati.
"Saya tak sengaja.." Hawa muncungkan bibirnya.
Irfan mengeluh perlahan lalu dia bangun dan duduk bertenggek di mejanya.
"You know what.. aku tahu aku takde hak tapi aku harap kalau kau ada masalah kau boleh bagitahu aku.. bercerita dengan aku. You know you can count on me, right?"
"You can count on me like one two three I'll be there.." Hawa menyanyi perlahan lalu dia ketawa kecil.
Tiba-tiba rasa nak menyanyi nak buat macam mana? Namun ketawanya terhenti bila melihat wajah serius Irfan.
"Sorry.." Hawa mengerdipkan matanya untuk mencairkan hati Irfan.
"Not accepted. Now aku rasa nak minum coffee yang dibeli." Irfan bangun dan duduk di kerusinya. Dia mula membelek semula fail di hadapannya.
Hawa terus rasa menyesal kerana tidak mengambil serius kata-kata Irfan tadi. Dia melangkah keluar namun apabila tangannya memegang tombol pintu, dia berpaling melihat wajah Irfan.
Tetapi lelaki itu langsung tidak memandangnya. Alaa.. dia betul-betul marah ke?
Hawa menghela nafas lalu dia keluar dari bilik Irfan.
Irfan menyandar bila Hawa sudah keluar dari biliknya. Saja dia nak mengenakan Hawa. Sebenarnya dia hampir nak senyum bila Hawa menyanyi tadi.
Tapi ada ke patut aku tengah serious dia boleh menyanyi. Geram betul. Nasib baik comel!
"Dia pergi beli betul-betul ke ek?" Gumam Irfan perlahan. Dia bangun dan keluar mencari gadis kesayangannya itu.
Matanya melilau ke meja Hawa namun tidak nampak gadis itu. Dia bertanya pada Dahlia. Belum sempat dia bertanya Dahlia menunjukkan tangannya ke arah pantry.
Irfan mengangguk faham.
Dia mengintai kelakuan Hawa di pantry. Dia melihat gadis itu sedang termenung di tepi mesin coffee. Baru mahu menyapa Hawa sudah pun perasan kehadirannya.
Hawa cuma mencebik bibir melihat Irfan. Datang sini buat apa?
"Aku cakap nak coffee beli kat kedai.." ujar Irfan sambil dia menarik kerusi dan duduk.
"Saya banyak kerja." Balas Hawa.
Dulu bolehlah sesuka hati nak keluar sekarang dia dah ada leader. Lagipun apa pula orang akan cakap kalau dia keluar semata-mata untuk beli kopi?
"Tapi bos kau suruh ni.."
"Tchh..awakkk.." meleret suara Hawa kerana geram. Dia menjeling wajah kacak Irfan tu.
Namun sebaliknya dengan Irfan. Dia merasakan suara Hawa sangat manja menyapa telinganya.
"Okay okay.. yang kau buat tu pun boleh laa tapi dengan syarat nanti lunch dekat rumah aku."
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...