Habis licin makanan dalam pinggan Hawa. Dia menjeling Irfan yang cuma makan sikit, tak luak pun dari pinggannya."Aku dah kenyang. Tadi dah makan." Ujar Irfan memahami jelingan Hawa.
"Oo lupa. Orang pergi date tadi kan." Sindir Hawa sambil mencebik bibirnya. Dia menolak pinggannya yang sudah licin itu.
"Nak dessert tak?" Soal Irfan tanpa melayan sindiran Hawa.
"Dessert? Nak nak!" Hawa sudah teruja mendengar dessert. Mana taknya, bukan kenyang pun makan salmon grill. Sudahlah dia dari pagi tak makan.
Irfan memanggil pelayan. Selesai pelayan hidangkan dessert, Hawa menepuk perlahan kedua-dua tapak tangannya tanda teruja.
"Wahh nampak sedap waffle ni." Lalu tangan Hawa memotong sedikit waffle yang diletakkan aiskrim dan masukkan kedalam mulut.
Selesai Hawa makan manisannya, dia melihat Irfan yang menggeleng kepala tersenyum ke arahnya.
"Kenapa?" Hawa mengerutkan dahi. Tak habis-habis gelakkan orang.
"Tahu laa lapar tapi gelojoh betul makan. Tu aiskrim dekat mulut." Ujar Irfan sambil menghulurkan tisu pada Hawa.
Hawa mengambil tisu lalu mengelap mulutnya. Merah wajahnya menahan malu kerana ditegur Irfan. Ish jatuh saham aku.
"Dah kenyang ke?" Soal Irfan pada Hawa. Bukan apa, dia tahu Hawa makan banyak. Makan banyak pun comel. Haih!
"Boleh laa sikit." Balas Hawa.
Dah memang betul. Kenyang tapi selagi tak masuk nasi ke dalam perut, boleh gila jadinya.
"Marah aku lagi ke?" Irfan memandang wajah Hawa yang asyik memandang ke luar. Entah apa yang dipandangnya.
Hawa menggeleng lalu dia melemparkan senyuman nipis. Sebab dah kenyang kot, marahnya sudah hilang.
"Memandangkan kau dah habis makan. Kita sambung cakap pasal tadi. Boleh?"
Hawa mengangkat kening. Nak sambung? Terus datang rasa gemuruh. Dia bermain-main dengan jari menghilangkan rasa gugup. Dia mengangguk perlahan.
"Okay first aku nak mintak maaf.. sebab lepas aku balik dari rumah kau, aku tak contact kau sebab aku nak bagi masa dan ruang supaya kau boleh berfikir. Tentang perasaan kau. Aku tak nak paksa kau Hawa." Jelas Irfan.
"Err.." Hawa mahu menyampuk.
"Biar aku habis cakap dulu." Irfan memotong sebelum Hawa sempat bercakap.
Hawa mengangguk lalu Irfan menyambung bicaranya.
"Then pasal pagi tadi. Kau terasa sebab aku tak tegur kau kan? Aku mengaku masa tu aku saja je nak mengusik kau. Sebab masa aku confessed haritu kau tak jawab kan? Tapi aku tak sangka kau sampai menangis." Ujar Irfan sambil menghela nafas.
Hawa mengangkat kening. Macam mana dia tahu aku menangis?
Irfan senyum. Dia tahu Hawa pelik macam mana dia boleh tahu Hawa menangis tadi.
"Pasal Amanda pulak. Macam aku cakap tadi. Betul dia datang sebagai klien. Aku dah cakap kat dia, kalau nak bekerjasama dengan kita. Aku tak nak dia menggatal dengan aku." Jelas Irfan lagi.
Mula mula dia sangsi juga dengan Amanda tapi setakat ni Amanda betul-betul professional. Tidak menggedik seperti dulu.
"Tapi dia pegang Tuan Irfan tadi." Hawa memandang tajam pada Irfan.
"Yang tu mungkin dia dah terbiasa. Salah aku jugak. Gaya hidup aku dulu bebas. Pegang-pegang ni biasa bagi aku. Aku khilaf. Lepas arwah abang aku takde, aku dah taubat. Aku takut Allah ambik nyawa aku tiba-tiba macam abang aku. Tak sempat aku bertaubat." Lepas dia kembali ke Malaysia dia sudah tinggalkan gaya hidup yang dulu.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...