KEESOKANNYA Hawa cuma meluangkan masa bersama Ariff dan Haji Hassan. Dahlia pula mahu menemani neneknya keluar."Angah petang ni hantar adik dengan Lia dekat rumah along je laa." Ujar Hawa pada Ariff yang sedang mengait buah rambutan.
Awal pagi lagi Hawa memaksanya mengait buah rambutan. Haji Hassan pula leka trim pokok bonsai di halaman rumah.
"Kenapa pulak? Hantar jelah Dahlia terus." Ariff berhenti dari mengait buah. Dia pusing menghadap Hawa yang sangat berselera makan buah rambutan itu.
"Adik nak keluar dengan Lia malam ni. Nak pergi jumpa kawan universiti dulu." Balas Hawa sambil mengunyah.
Sedap betul rambutan. Tambah-tambah yang baru kait.
"Jumpa kawan? Siapa?" Ariff melabuhkan punggung di sebelah Hawa. Tangannya mengambil buah rambutan lalu dikupas sebelum dihulurkan pada Hawa.
"Angah tak kenal. Tapi jangan bimbang laa angah. Kitorang jumpa ramai-ramai. Kiranya macam reunion laa."
"Semua perempuan ke?" Soal Ariff lagi.
"Entahlah. Ada jugak rasanya lelaki. Elok jugak ada lelaki, bolehlah Lia usha. Kot kot boleh kahwin tarikh dekat dekat dengan Lia. Best jugak kan angah? Takdelah Lia sunyi kalau adik kahwin." Kata Hawa lagi.
Hawa ingin melihat reaksi abangnya namun hampa kerana lelaki itu cuma bereaksi biasa.
"Hmm." Gumam Ariff perlahan.
TIBA di depan rumah nenek Dahlia, Hawa turun menyapa Nek Sah.
"Terima kasih Hawa tolong tumpangkan si Lia ni. Kalau tak, tak tahulah bila Nek Sah boleh jumpa cucu sorang ni." Ujar Puan Nafisah atau dipanggil Nek Sah.
"Alaa Nek Sah ni. Bukan Hawa pun yang drive. Tu angah yang drive." Hawa menunjukkan Ariff yang berada di dalam kereta.
"Lia nanti jangan lupa cakap terima kasih dekat angah Hawa tu." Ujar Nek Sah pada Dahlia.
"Ye laa nek. Nenek jaga diri baik-baik. Nanti Lia call nenek ye. Lia pergi dulu." Dahlia memeluk erat neneknya. Sayu rasa hati tinggalkan nenek yang duduk sendirian.
"Hawa pun nak mintak diri jugak ye Nek Sah. Jaga diri nek." Hawa turut memeluk tubuh tua itu.
Ariff keluar dari kereta dan mengambil bagasi Dahlia. Dia masukkan ke dalam bonet keretanya.
"Bawak kereta elok-elok ye." Ujar Nek Sah pada Ariff.
Elok betul abang Hawa ni. Sesuai dengan cucu aku. Detik Nek Sah.
"Jangan bimbang Nek Sah. Ariff pergi dulu." Balas Ariff pada Nek Sah. Dia senyum pada Nek Sah lalu masuk ke dalam kereta.
BELUM sejam perjalanan Hawa sudah pun terlena. Dia terlalu mengantuk kerana dia melayan movie sehingga pukul 2 pagi. Mentang mentang cuti.
Dahlia pula cuma bermain dengan telefonnya. Langsung tidak bercakap sejak masuk ke dalam kereta.
"Sejuk tak kat belakang tu?" Soal Ariff memecahkan kesunyian.
"Okay je angah. Don't worry." Balas Dahlia. Dia masih lagi ralit bermain game di telefonnya untuk menghilangkan bosan.
"Hmm." Ariff menggumam perlahan.
Dia agak terkejut kerana Dahlia memanggilnya dengan panggilan 'angah'. Biasa gadis itu memanggilnya 'abang Ariff.'
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...