Selesai mandi, Irfan hairan kerana Hawa tiada di bilik. Tadi sebelum mandi Hawa baru nak bersiap.Cepat betul Hawa bersiap?
Irfan mencapai T-shirt dan jeans yang sudah disediakan isterinya. Sudah bersiap Irfan keluar dari bilik mencari Hawa. Matanya melilau mencari Hawa.
"Cari Hawa ke Ipan?" Soal Haji Hassan.
"Ye atuk."
"Kat bawah tu. Tengah makan."
"Makan?" Ternaik kening Irfan.
"Ye tadi dia suruh angah beli roti canai. Tengah makan laa tu." Haji Hassan tersenyum melihat muka blur Irfan.
Irfan tak tahu ke isterinya itu kuat makan?
Hawa yang sedang menikmati roti canai itu tersenyum gembira, dengan kepala sekali digoyangkan. Dia duduk di kerusi batu laman Hahi Hassan.
Tangannya mencubit roti canai keduanya lalu dimasukkan ke dalam mulut. Roti canai warung Pak Mat tak pernah mengecewakan.
"Sayang.." tegur Irfan sambil mengambil tempat di sebelah Hawa. Boleh pula isterinya makan senyap-senyap dekat laman. Nampak happy pulak tu.
"Uhukk.. uhukk.." Hawa tersedak lalu tangannya menepuk dada untuk melegakan batuk. Dia mencapai air di hadapannya.
"Sorry.. sayang terkejut ke? Abang tak berniat nak kejutkan sayang." Irfan menggosok belakang isterinya. Merah padam muka Hawa. Tapi rasanya dia tak panggil kuat pun tadi.
"T-tak. Bukan sebab abang." Hawa berdehem untuk melegakan tekaknya. Akhirnya dia boleh bernafas dengan baik.
Hawa cuma tersengih pada Irfan menutup malu. Ye laa, dia makan seorang tak ajak suami. Bagus betul jadi isteri.
"Tadi abang ajak makan tak nak. Rupa-rupanya nak makan roti canai ye."
"Mana ada. Tadi angah bawak balik." Hawa cuba menidakkan kalau tak kantoi laa dia yang teringin nak makan roti canai.
"Atuk bagitahu sayang yang order dengan angah.. Sampai hati sayang.." Irfan menunjukkan riak sedih pada wajahnya.
"Err.. kenapa? Abang nak ke? Ada lagi ni." Hawa menunjukkan baki roti canai yang sudah tinggal separuh itu.
Irfan nak jugak ke? Rasanya dia tak makan makanan macam ni. Kolestrol tinggi.
"Kenapa tak bagitahu abang sayang nak makan apa apa? Abang boleh belikan." Lirih suara Irfan seperti merajuk.
Bila tahu Hawa memesan makanan pada Ariff dia rasa seperti Hawa masih tidak menganggapnya sebagai suami. Kenapa Hawa tidak meminta padanya?
Seboleh-bolehnya dia sebagai mahu menyediakan dan memberi segala keperluan isteri termasuk makan pakai Hawa.
"Hawa tak nak susahkan abang. Lagipun alang-alang angah keluar tadi kan."
"No.. sayang tak susahkan abang. If you need anything, just tell me. Abang nak sayang bergantung dengan abang mulai sekarang. Bukan dengan angah, along atau atuk sekalipun. Sayang faham kan?" Irfan mengelap bibir comot Hawa dengan jarinya.
Hawa mengangguk faham. Tiba-tiba dia rasa bersalah, baru sehari kahwin dah buat suaminya terasa hati walaupun dia sebenarnya tak nak menyusahkan Irfan.
"Sorry abang. Lepas ni kalau Hawa nak apa-apa, Hawa bagitahu abang ye."
Irfan menganggu tersenyum. Suka bila isterinya dengan mudah menerima teguran dan memahami perasaan dia.
Dia juga tak mahu bergaduh dengan hal remeh cuma dia nak Hawa tahu sekarang dia sudah menjadi suami Hawa.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...