"Nak balik office ke nak pergi lunch terus?" Soal Irfan setelah Hawa masuk ke dalam kereta."Hmm saya ikut Tuan Irfan je."
"Kita pergi lunch dulu laa. Kaki kau sakit lagi ke?" Soal Irfan lagi. Dia nampak Hawa berjalan seperti menahan sakit tadi.
"Boleh tahan lagi ni."
"Kalau melarat bagitahu. Aku bawak ke klinik." Irfan memandu keluar dari perkarangan rumah.
Telefon Hawa berdering. Bila melihat nama Dahlia terus Hawa menekan butang hijau.
"Lunch? Aah aku lupa laa. Aku dah on the way balik ni."
Irfan cuma mendengar perbualan mereka sehingga Hawa matikan talian.
"Tuan Irfan. Boleh tak kita balik office? Dahlia tunggu nak lunch sekali." Pinta Hawa. Kesian pulak dia dah berjanji dengan Dahlia kalau ikutkan.
Irfan hanya diam dan dia mula menukar arah ke syarikatnya.
"Suruh Dahlia turun." Arah Irfan bila sampai di depan office.
"Ha?" Hawa mahu pastikan betul ke apa yang dia dengar. Tadi aku tanya tak jawab.
"Perlu ke aku ulang dua kali Hawa?"
"Tapi saya nak pergi makan dengan Dahlia." Tolak Hawa. Tak naklah makan dengan bos. Tak syok nak bergosip nanti.
"Aku ikut sekali." Irfan tetap dengan keputusannya.
"Tapi-"
"Takde tapi tapi. Cepat lah." Gesa Irfan lagi. Dia tak kisah Dahlia ikut asalkan dia boleh hilangkan rasa bersalahnya pada Hawa.
Hawa menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum mencapai semula telefonnya.
"Lia.. aku dah kat bawah ni. Turun laa aku tunggu." Hawa memberi pesanan suara pada Dahlia. Dia menjeling Irfan tanda tak puas hati.
"Marah?" Tanya Irfan pada Hawa. Dia sedar gadis itu menjelingnya. Sampai terbalik biji mata. Marah betul tu.
Hawa mengangguk. Malas nak menjawab. Matanya terpandang Dahlia yang sedang mencarinya lalu Hawa menurunkan cermin kereta.
"Sini Lia." Panggil Hawa.
Dahlia mengecilkan matanya melihat Hawa di dalam kereta Irfan Danial.
"Biar betul si Hawa ni?" Dahlia seperti tidak percaya. Lunch sekali? Dengan bos? Namun dia tetap masuk ke dalam kereta Irfan.
"Hai Tuan Irfan." Sapa Dahlia. Jarinya mencucuk bahu Hawa yang duduk di bahagian hadapan.
"Hai Lia." Tegur Irfan kepada pekerjanya itu.
"Err kita nak ke mana Tuan Irfan?" Soal Dahlia. Dia tak kisah ke mana mana ada orang bawak pergi lunch pun syukur walaupun pelik kenapa Irfan ada sekali.
"Awak plan nak ke mana tadi?" Soal Irfan pada Dahlia. Nak ber awak dengan Hawa? Lambat lagi.
"Cafe yang haritu. Hawa nak try menu lain katanya." Bagitahu Dahlia. Memang mereka plan nak makan kat situ.
"Ish aku pulak." Marah Hawa. Senang senang je petik nama kita.
"Takpe. Kita ke situ je." Balas Irfan pula. Keretanya meluncur ke arah cafe itu.
Turun dari kereta Dahlia perasan Hawa berjalan terhincut-hincut.
"Kenapa ni Hawa? Kenapa kaki kau?" Tanya Dahlia. Pagi tadi elok je nampak Hawa ni.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...