BAB 25

4.1K 217 10
                                    



Hawa pulang ke rumah dengan hati yang berbunga bunga. Sebelum pulang tadi Irfan menemani Hawa sehingga ke kereta.

Gentleman teruk si Irfan. Haih! Rasa macam nak kahwin terus. Detik Hawa sambil tersengih-sengih.

Namun sengihannya Hawa terhenti bila suara Sofiyya kedengaran.

"Wow adik. Banyaknya hadiah. Siapa bagi tu?" Tanya Sofiyya yang kebetulan berada di ruang tamu.

"Err.." Hawa menunduk malu. Nak bagitahu ke tak nak?

Sofiyya mendekati Hawa yang sedang berdiri kaku itu. Ada bunga dan patung di tangan Hawa.

"Cakaplah. Siapa pemberi ni? Bos adik eh?" Teka Sofiyya. Suaminya ada bercerita padanya pasal Irfan. Jadi dia meneka pemberian ini daripada Irfan Danial.

Hawa menggigit bibir sebelum mengangguk perlahan lahan. Malu!

"Dah declare ke dik?" Tanya Sofiyya lagi sambil menyiku lengan Hawa. Malu sangat adik iparnya. Malu tapi mahu kan?

"Declare?" Mata Hawa terkedip-kedip memandang Sofiyya.

"Ye laa. Dah officially ke jadi girlfriend boyfriend?" Tanya Sofiyya lagi.

"Kena declare ke? Tapi Irfan ajak kahwin?" Lepas Hawa tersedar dia terlepas cakap dia memejam matanya. Aduh.

"Ajak kahwin terus? Gentle laa Irfan. Kak long suka macam tu. Tak payah nak bercinta bagai nak rak. Terus halalkan. Gitchew." Ujar Sofiyya sambil mengenyit matanya pada Hawa.

"Kak long jangan bagitahu along lagi. Adik terlepas cakap tadi. Irfan cakap dia nak bagitahu along sendiri nanti." Pinta Hawa sambil buat mimik muka comel.

"Alaa kak long tak sabar dah nak bercerita pada along ni. Mana boleh rahsia." Ujar Sofiyya dengan nakal.

"Rahsia apa tu sayang?" Tiba-tiba suara Ashraff kedengaran dari pintu utama.

"Eh abang dah balik?" Sofiyya mendekati Ashraff dan mengambil kot baju suaminya itu.

"Ye rancak sangat berborak sampai tak dengar bunyi kereta abang ke?" Ujar Ashraff seraya mengucup lembut dahi isterinya. Dia merangkul erat pinggang isterinya lalu mendekati Hawa.

"Aik hadiah siapa bagi ni dik? Birthday adik kan lambat lagi?"

"Err.." Hawa belum sempat mencari ayat untuk Ashraff namun Sofiyya sudah menolongnya.

"Kawan dia bagi. Jom abang, Sofi ada buat cekodok pisang. Favorite abang." Ujar Sofiyya sambil menarik lengan suaminya.

"Wah sedap tu. Jom dik." Ajak Ashraff. Tak sabar nak makan air tangan isteri.

"Adik naik kejap. Nanti adik turun." Sambil Hawa melemparkan senyuman tanda terima kasih pada Sofiyya.

Nasib baik ada kakak iparnya. Hawa menarik nafas lega bila pasangan itu ke dapur. Dia melangkah naik ke biliknya.




Di dalam bilik Hawa meletakkan pemberian Irfan ke atas katil bersaiz queen itu lalu dia membaringkan tubuhnya di sebelah hadiah itu.

Hawa merenung ke syiling. Otaknya ligat mengulang tayang apa yang berlaku pada hari ini. Lalu Hawa mengalihkan pandangannya pada patung pemberian Irfan.

Dia mengangkat patung itu. Muka aku ni macam plushy ni ke?

Tiba-tiba masuk notifikasi mesej pada telefonnya. Laju tangan Hawa mencapai telefon dan membaca mesej tersebut.

Irfan
dah sampai rumah?

Hawa
dah

Irfan
good 👍

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now