"Tapi ini tak adil untuk Farez. Dia tak tahu apa-apa. Nanti mesti dia salahkan diri dia sendiri Sue. Saya rasa Farez berhak tahu." Pujuk Hawa sambil mengusap lengan Suraya.Suraya cuma senyum. Bukan dia tak pernah fikir pasal ni malah Irfan juga sudah pujuk dia untuk ceritakan hal sebenar pada Farez.
Dia mahu Farez cari pasangan yang sempurna bukan sepertinya yang cuma menunggu ajal.
"Masa I dah tak panjang. I patut teruskan treatment untuk kanser I, tapi rawatan dan ubat-ubat tu boleh jejaskan kandungan I. Mula-mula I tak nak baby ni. I teruskan treatment sampai laa I buat ultrasound. I jatuh sayang pada baby ni. Jadi I stop treatment tu. I cuma mampu berdoa Allah panjangkan usia I supaya I sempat deliver baby ni." Ujar Suraya sambil mengusap perutnya. Kandungannya baru berusia 2 bulan.
"InsyaAllah Sue. Sue kuatkan semangat, saya pun doakan semoga Sue diberikan kekuatan dan keajaiban." Sebak suara Hawa menuturkan kata. Dia tak tahu apa akan jadi kalau dia berada di tempat Suraya.
"So Hawa.. please maafkan Irfan ye.." Suraya menggenggam tangan Hawa dengan wajah yang penuh pengharapan. Dia tak mahu jadi punca pergaduhan Irfan dan pasangannya.
Baginya Irfan terlalu baik sehingga sanggup mengaku pada Farez yang mereka bercinta padahal itu semua permintaan dari dirinya sendiri.
Hawa mengangguk senyum dan sempat mengerling pada Irfan sekilas. Lelaki itu masih lagi menatap skrin iPadnya. Dia juga rasa bersalah kerana tidak percayakan Irfan.
"Ya Allah kita bercakap ni saya langsung tak order air untuk Sue.." Hawa menepuk dahinya. Boleh pula lupa memesan minuman.
"Takpe Hawa. I pun nak nak cepat ni.. I cepat penat sekarang.." ujar Suraya sambil melemparkan senyuman pada Hawa. Betul, sekarang ni pun dia rasa penat sangat.
"Saya suruh Irfan hantar Sue balik ye.."
"Takpe.. jangan bimbang, I drive datang sini.."
"Tapi.."
"No worries laa.. I dah biasa berdikari lagipun sekarang ni I boleh drive lagi.. I balik dulu ye.." Suraya meminta diri namun dia terkedu kerana Hawa tiba-tiba memeluknya. Sudah lama dia tidak merasa pelukan hangat dari seseorang.
"Saya mintak maaf sekali lagi. Kuatkan diri kalau ada apa-apa bagitahu saya atau Irfan ye Sue." Pesan Hawa sambil menggosok belakang Suraya.
Dia agak terkejut kerana terasa badan Suraya kurus sekali apabila dia memeluk Suraya. Mungkin kerana pakaian Suraya yang longgar tidak menampakkan wanita itu sakit.
Suraya mengangguk dalam pelukan. Dia menyeka air matanya dan berlalu keluar dari situ.
Ada lelaki yang memandang pada Hawa, dan Hawa mengangguk padanya. Lelaki itu keluar mengikut langkah Suraya.
Hawa duduk sambil mengesat air matanya. Dia melihat tudungnya yang basah kerana menangis tadi. Entah bagaimalah rupanya sekarang.
"Nah.." Irfan hulurkan tisu pada Hawa dan dia melabuhkan punggung di hadapan Hawa. Kasihan melihat muka merah Hawa akibat menangis. Mahu saja dia peluk gadis kesayangannya ini.
"Thanks.."
"Lapar tak?" Soal Irfan.
Hawa menggeleng.
"Takde selera.."
Irfan pula mengangguk. Dia faham Hawa sedih kerana begitulah juga dia apabila tahu keadaan Suraya awal awal dahulu. Sebab itu dia sanggup menolong Suraya.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...